• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SOCAR dan KFC bekerjasama bagi ayam goreng dan pandu kereta percuma

  • OLEH Najib
  • 7:22 pm
  • 06/12/2018
  • Komen
SOCAR dan KFC bekerjasama bagi ayam goreng dan pandu kereta percuma
Share on FacebookShare on Twitter

SOCAR, penyedia kereta sewa dalam talian di Malaysia mengumumkan kerjasama dengan KFC, untuk memberi tawaran yang lebih menarik untuk pengguna. Ia juga meluaskan kesediaan kereta sewa SOCAR apabila ditempatkan di beberapa lokasi KFC.

Kempen kerjasama SOCAR dan KFC ini akan berlangsung dari 5 Disember hingga 28 Februari 2019. Pelbagai diskaun dan keistimewaan disediakan untuk pengguna SOCAR dan pengunjung KFC.



Diskaun 20% SOCAR di KFC

Dengan kerjasama ini, SOCAR mengumumkan 12 zon baru SOCAR di Lembah Klang dan Johor Bahru. Zon baru SOCAR di KFC ini juga diberikan diskaun 20% untuk tempahan SOCAR. Zon tersebut ialah:

Lembah Klang



  1. Tasik Prima, Puchong
  2. Semenyih
  3. Bukit Kemuning
  4. Nilai Square
  5. Subang 2
  6. Setia Alam
  7. Pandu Lalu Wangsa Maju

Johor Bahru

  1. Mutiara Rini
  2. Sri Gelam
  3. Damansara Aliff
  4. Senai Impian
  5. Puteri Wangsa

Anda juga boleh mencari Zon SOCAR KFC ini di dalam aplikasi, dengan melihat pada ikon KFC di dalam peta.

Kupon RM40 SOCAR melalui KFC Delivery

Promosi seterusnya, untuk pelanggan KFC Delivery. Dengan membuat tempahan di aplikasi atau laman web KFC Malaysia berjumlah RM40 dan ke atas (termasuk caj penghantaran dan cukai), pelanggan akan menerima diskaun RM40 untuk tempahan SOCAR seterusnya (tidak termasuk BMW dan Mini Cooper).

Kod promosi SOCAR akan diberikan selepas tempahan KFC dibuat.

Imbas kod QR dan terima baucar SOCAR/KFC

Pengunjung di kedai KFC juga akan dapat menikmati diskaun SOCAR, sepanjang tempoh kempen berlangsung. Caranya ialah dengan mengunjungi mana-mana cawangan KFC yang mengambil bahagian, dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam kedai tersebut.

Kod QR tersebut akan memberikan baucer buat pengguna, dalam bentuk 3 jam percuma menggunakan SOCAR, dan baucar RM5 untuk KFC Delivery yang boleh ditebus di laman web KFC Delivery dan di dalam aplikasi KFC.

Sebanyak 30 cawangan KFC yang terlibat dalam kempen imbasan kod QR ini. 12 darinya ialah di zon SOCAR KFC di atas tadi, dan 18 lagi cawangan di bawah ini:

Lembah Klang

  1. Bukit Bintang
  2. Desa Sri Hartamas
  3. Jalan Universiti DT
  4. Pertama Complex
  5. Petronas Taman Tun
  6. Petronas Lebuhraya Persekutuan
  7. Sea Park
  8. Sunway Metro
  9. USJ Taipan
  10. Extreme Park – Shah Alam
  11. Kepong
  12. VSQ PJ
  13. Kuchai Lama

Johor Bahru

  1. KSL City Mall
  2. Legoland JB (Medini Mall)
  3. Paradigm Mall JB
  4. JB Sentral
  5. AEON Big Bukit Indah

Promosi SOCAR 900

Selain promosi SOCAR dan KFC ini, SOCAR juga sedang menjalankan promosi 900. Promosi ini menjadikan harga kereta Toyota Vios, Honda City dan Toyota Corolla Altis menjadi rata, RM9 sejam. Promosi ini berjalan dari 3 hingga 9 Disember 2018.

Jika anda tidak pernah menggunakan SOCAR, boleh mula mengenalinya dengan memuat turun aplikasi SOCAR di sini. Kemudian boleh tonton video ini untuk mengetahui cara mendaftar dan menggunakan SOCAR buat pertama kali.

Tags: KFCSOCAR
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
SOCAR dan KFC bekerjasama bagi ayam goreng dan pandu kereta percuma

SOCAR dan KFC bekerjasama bagi ayam goreng dan pandu kereta percuma

6 December 2018
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER