• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik: Jam kecergasan murah bawah RM250, ada skrin AMOLED dan kalis air (2024)

  • OLEH Najib
  • 7:00 pm
  • 06/06/2024
  • Komen
5 Terbaik: Jam kecergasan murah bawah RM250, ada skrin AMOLED dan kalis air (2024)
Share on FacebookShare on Twitter

Makin ramai yang nak jaga kesihatan diri. Jadi mulah bersenam macam berjalan-jalan, joging, renang dan banyak lagi. Tapi kalau anda guna penjejak kecergasan, anda boleh fahami lebih baik tentang kesihatan diri dan aktiviti kecergasan yang dibuat. Lagi senang nak capai sasaran, contohnya 10,000 langkah sehari.

Penjejak kecergasan dah semakin canggih dan paling penting, makin murah. Tapi anda tak payah pening nak cari, sebab di sini saya dah senaraikan 5 penjejak kecergasan murah yang boleh dibeli bawah RM250 di Malaysia. Semuanya lengkap dengan pemantau degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, waktu tidur dan tahap stress, serta kalis air 5ATM tau.



1. Honor Band 9 (RM119)

Jam Honor Band 9 ni baru dilancar bulan April lepas. Ia hadir dengan skrin AMOLED 1.57-inci melengkung di sisi dan berbadan besi. Nampak gah dan premium. Antara pemantau kesihatan yang ada seperti degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, stress, tidur dan kitaran haid.

Jam ini menyokong pemantauan 96 jenis aktiviti sukan, dengan hayat bateri sehingga 10 hari penggunaan biasa. Ia menyokong iOS dan Android. Tetapi khas untuk peranti Android, ada ciri tambahan seperti find your phone, remote camera shutter dan music playback.



Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.

2. Huawei Band 9 (RM219)

Jika anda gemar berfesyen, Huawei Band 9 pilihan yang menarik kerana ia menyediakan banyak warna. Talinya juga mudah dicabut untuk ditukar dan ada banyak pilihan muka jam digital. Skrin AMOLED nya kecil sikit, 1.47-inci. Hayat bateri sehingga 9 hari penggunaan biasa. Casnya dikatakan pantas, cas 5 minit boleh guna 2 hari.

Huawei menyatakan Band 9 ini penjejak yang canggih kerana dilengkapi teknologi seperti Truseen 5.5 untuk degupan jantung, Trusleep 4 pantau waktu tidur, TruRelax menjejak tahap stress, dan TruSport menjejak aktiviti kecergasan. Ia boleh disambung ke peranti iOS dan Android.

Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.

3. Black Shark GT3 (RM249)

Mahu skrin yang besar? Black Shark GT 3 ni ada skrin AMOLED empat segi sebesar 1.96-inci. Badannya aloi zink dan ia datang dengan dua tali jam, kulit serta silikon. Ia juga ada speaker dan mikrofon terbina di dalam jam, membolehkan panggilan dibuat terus di jam.

Walaupun saiznya besar, ia tiada GPS terbina di dalam. Tetapi ia lengkap dengan semua ciri penjejak kecergasan seperti degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, tahap stress, waktu tidur dan sebagainya. Ia ada hayat bateri sehingga 10 hari penggunaan biasa.

Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.

4. Xiaomi Smart Band 7 Pro (RM169)

Walaupun ada model lagi baru Smart Band 8, tetapi Smart Band 7 Pro ni lagi menarik sebab ia ada GPS terbina dalam jam. Jadi boleh berlari tanpa membawa jam. Harga pun murah sangat, bawah RM200. Skrin pun besar, AMOLED 1.64-inci.

Sudah pasti, ia lengkap dengan semua pemantau kesihatan, termasuk sokongan aktiviti kecergasan lebih 110 jenis sukan. Bateri boleh tahan sehingga 12 hari penggunaan biasa, serta boleh disambung ke peranti Android dan iOS.

Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.

5. Redmi Watch 3 Active (RM139)

Kalau bajet kecil, saya cadangkan beli Redmi Watch 3 Active. Harganya tak sampai RM150 dan guna skrin LCD besar 1.83-inci. Sebab tu murah. Tapi pemantau kesihatan dan kecergasan semua lengkap ada. degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, pemantau tidur dan banyak lagi.

Badannya pun petak, macam rupa Apple Watch sikit. Jam ni sokong lebih 100 aktiviti kecergasan dan ada hayat bateri sehingga 12 hari penggunaan biasa. Boleh berhubung ke telefon Android atau iOS.

Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.

Tak mahal kan nak pantau kesihatan dan kecergasan diri. Lagi bagus bila boleh jejak aktiviti harian ni, tahu dah bersenam atau belum. Macam, dah berjalan 10 ribu langkah sehari, atau berjalan 30 minit sehari dan 3 kali seminggu.

Sedikit sebanyak, ia boleh jadi pendorong motivasi untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Badan cergas, minda cerdas. Selamat bersenam.

Bacaan berkaitan

  • 5 Terbaik: Telefon bawah RM1,200 paling berbaloi, ada kalis air dan pengecasan wayarles (2024)
  • 5 Terbaik: Laptop bawah RM5,000 untuk jalankan AutoCAD dengan lancar
  • 5 Terbaik: Tablet mini bawah 9″ ada prestasi baik dengan harga berpatutan
  • 5 Terbaik: Telefon TikTok Live pada harga patut untuk mula jana pendapatan
Tags: 5 terbaikblack sharkblack shark GT3honorHonor Band 9HuaweiHuawei Band 9RedmiRedmi Watch 3 ActivexiaomiXiaomi Smart Band 7 Pro
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam kecergasan murah bawah RM250, ada skrin AMOLED dan kalis air (2024)

5 Terbaik: Jam kecergasan murah bawah RM250, ada skrin AMOLED dan kalis air (2024)

6 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER