Setelah sekian lama pengguna iPad bergantung kepada aplikasi kalkulator pihak ketiga, baru sekarang Apple memperkenalkan aplikasi natif untuk kalkulator ke dalam iPadOS 18. Itu adalah salah satu daripada pelbagai perubahan dan perkara baharu yang diumumkan Apple sewaktu WWDC 2024.
Kalkulator iPad ada fungsi tambahan
Daripada pembentangan, perisian kalkulator pada iPad mempunyai antaramuka mirip pada versi iPhone. Namun, terdapat beberapa kelebihan yang diberikan bagi memanfaatkan skrin yang lebih besar tablet Apple ini.
Contohnya, apabila digunakan dalam keadaan melintang, sejarah pengiraan akan dipaparkan di bahagian kiri paparan bagi memudahkan rujukan dilakukan.
Kemudian, ciri tambahan yang ada pada aplikasi ini adalah Math Notes iaitu memasukkan pengiraan menggunakan Apple Pencil dan seterusnya menjana graf yang sesuai dengan sesuatu formula.
Smart Script pastikan tulisan tangan anda konsisten
Menulis kandungan menggunakan Apple Pencil bakal jadi lebih efisien apabila dengan Smart Script. Ciri ini akan menganalisis tulisan tangan anda dan boleh tukarkan teks yang anda taip menjadi seperti tulisan tangan.
Ciri ini cukup pintar untuk memperbetulkan ataupun meluruskan tulisan secara masa nyata. Menggunakan Apple Pencil juga, and aboleh tambah space, potong ayat, ataupun tampal ayat dicelah-celah ayat sedia ada dan Smart Script akan menyusunnya secara automatik.
Ciri menarik lain sama seperti iOS 18
Selain ciri yang ekslusif kepada iPadOS, terdapat juga naik taraf sepunya yang dinikmati tablet sama seperti yang dinikmati iOS 18. Contohnya, pengguna boleh lakukan Home Customisation dengan lebih menyeluruh.
Misalnya, ikon APP boleh disusun di mana-mana kotak grid di halaman pemuka yang sebenarnya sudah berzaman dinikmati pengguna Android. Lagi di bahagian perumah adalah warna boleh diubah suai mengikut mood sama ada nak cerah atapun gelap.
Bila pergi ke halaman Control Centre, bahagian ini juga boleh diubah suai mengikut keperluan kerana ia kini boleh menempatkan widget-widget berguna.
Seterusnya, bagi mempertingkat kerahsiaan, ciri Lock an APP dan Hide an APP. Boleh digunakan untuk mengelak orang yang gunakan telefon anda melihat kandungan sensitif. Anda sama ada boleh mengunci sesuati aplikasi dan perlukan pengesahan identiti untuk dibuka, ataupun menyembunyikan terus aplikasi itu di dalam satu folder khas.
Kemudian, di aplikasi Messages, semua emoji boleh digunakan untuk Tapbacks dan yang lebih menarik, mesej boleh dijadualkan penghantarannya di kemudian hari. Perisian mesej juga terima 3 ciri baharu untuk anda pelbagaikan mesej seperti text formatting, text effect, serta Genmoji.
Ciri baru terkahir yang diterima Messages adalah kemampuan untuk menghantar mesej ataupun SMS menggunakan sambungan satelit.
Selepas Meesages, aplikasi Mail juga telah diperbaharukan. Emel akan disusun mengikut 4 kategori bergantung kepada kandungan iaitu Primary, Transaction, Updates, dan Promotion. Sekiranya perlu, kategori lain juga boleh diwujudkan mengikut kesesuaian.
Pengguna aplikasi Maps pula akan menikmati fungsi peta topografi yang boleh digunakan sewaktu mengembara. Namun, demonstrasi yang ditunjukkan adalah lokasi yang terdapat di Amerika Syarikat.
Apabila bermain game, Game Mode diperkenalkan yang akan mengurangkan aktiviti di bahagian latar untuk mengoptimumkan kadar bingkai sewaktu bermain.
Naik taraf akhir yang menarik adalah aplikasi pada Photos. Aplikasi ini menerima UI yang lebih segar dan menggunakan Apple Intelligence, pengguna boleh lakukan carian gambar tertentu menggunakan arahan teks.
iPad mana yang akan dapat iPadOS 18?
iPadOS 18 versi beta tertutup telahpun boleh digunakan untuk sesiapa yang menyertai Apple Developer Program. Versi beta terbuka akan ditawarkan seawal Julai 2024 untuk peserta Apple Beta Software. Untuk pengguna lain, versi penuh iPadOS 8 akan mula ditawarkan seawal September 2024.
Berikut adalah senarai iPad yang menyokong iPadOS 18:
- iPad Pro (M4)
- iPad Pro 12.9-inch (3rd generation+)
- iPad Pro 11-inch (1st generation+)
- iPad Air (M2)
- iPad Air (3rd generation+)
- iPad (7th generation+)
- iPad mini (5th generation+)
Namun, untuk menikmati ciri tambahan Apple Intelligence, hanya iPad yang diperkasa Apple M1 dan yang keatas sahaja menyokongnya dan Siri perlu ditetapkan dalam bahasa U.S. English.