• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EURO 2024: Teknologi buatkan Slovakia tewaskan Belgium, pertama kali dalam sejarah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:16 am
  • 19/06/2024
  • Komen
EURO 2024: Teknologi buatkan Slovakia tewaskan Belgium, pertama kali dalam sejarah
Share on FacebookShare on Twitter

Teknologi berjaya buatkan pasukan bola sepak ini kalahkan pasukan jauh lebih kuat, pertama kali dalam sejarah.

EUFA Euro 2024 sedang berlangsung sekarang sehingga 15 Julai 2024. Pusingan pertama kejohanan, kejutan terbesar yang dihidangkan kepada penonton adalah Slovakia yang duduki rangking ke-48 dunia berjaya kalahkan Belgium yang berada di kedudukan ke-3 dunia.



Lebih manis, ini adalah kali pertama dalam sejarah Slovakia mengalahkan Belgium dengan rekod pertemuan sebelum ini adalah dua kali seri dan satu kali kalah.

Sumber

Di Euro 2024, Belgium bukanlah satu lawan yang mudah kerana Slovakia hampir kalah kalau tidak kerana dua jaringan Belgium dibatalkan hasil penggunaan teknologi canggih.



2 jaringan Romero Lukaku dibatalkan

Cerita menarik ini bermula seawal minit ke-6 pertemuan dua negara ini apabila Slovakia terlebih dahulu membocori gawang Belgium. Ivan Schranz berjaya memanfaatkan bola muntah hasil tepisan kurang kemas Thibaut Courtois.

Daripada senggatan masa itu, Slovakia terpaksa mengharungi sekurang-kurangnya 90 minit yang mendebarkan untuk bertahan.

Jaringan pertama yang dibatalkan adalah pada minit ke-55. Kerana Romero Lukaku didapati berada dalam keadaan ofsaid sebelum menolak bola menerjah gol Sovakia. Keputusan ini dicapai menggunakan VAR yang biasa kita nampak.

Jaringan kedua yang dibatalkan lebih menarik kerana ia melibatkan penggunaan teknologi *connected ball,* teknologi sama yang diguna sewaktu Piala Dunia 2022. Untuk kes Belgium vs. Slovakia, Loïs Openda ,pemain nombor 20, didapati yang tangannya terkena bola sebelum melakukan hantaran silang kepada Lukaku.

Makanya, perlawanan tamat dengan gol tunggal Slovakia kekal.

Connected Ball Technology daripada FIFA World Cup 2022

Teknologi bola berhubung telah diperkenalkan sewaktu Piala Dunia 2022. Bola rasmi yang diguna pakai sewaktu kejohanan tersebut dinamakan Al-Rihla yang bermaksud “perjalanan” dan bola untuk pelawanan akhir Al-Hilm (”mimpi’). Teknologi yang sama juga diwariskan kepada bola rasmi Euro 2024 yang dinamakan FUSSBALLLIEBE.

Bola “mimpi” akan digunakan untuk tiga perlawanan akhir Piala Dunia 2022, apa yang menarik tentangnya?

Di dalam bola tersebut, terdapat sensor pengukur intertia (IMU) yang membaca sentuhan ataupun pergerakkan bola pada kadar 500 kali sesaat. Data tersebut dihantar kepada pegawai perlawanan untuk membantu dalam pengadilan terutamanya apabila menentukan ofsaid ataupun mengesan sebarang sentuhan tidak sah. Teknologi ini adalah hasil kerjasama antara Adidas, FIFA, dan juga KINEXON.

Satu pembaharuan yang dibawkaan FIFA adalah pengenalan “snickometer”. Graf gelombang yang anda nampak sewaktu perlawanan ataupun highlights memaparkan bacaan IMU yang diselarikan dengan suapan video ulang tayang. Merujuk kepada perlawanan Belgium vs. Slovakia, ia membantu pengadil menentukan sama ada terdapat sentuhan tangan pemain terhadap bola dengan melihat pada keruncingan pada graf.

Connected Ball Technology dikatakan penganjurnya berfungsi selari dengan teknologi-teknologi VAR lain seperti Hawk-Eye sebagai sistem penentuan ofsaid semiautomatik untuk menjadikan pengadilan permainan lebih telus.

Tags: euroEuro 2024
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
EURO 2024: Teknologi buatkan Slovakia tewaskan Belgium, pertama kali dalam sejarah

EURO 2024: Teknologi buatkan Slovakia tewaskan Belgium, pertama kali dalam sejarah

19 June 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER