• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini rupa OnePlus 6T yang dikuasakan McLaren?

  • OLEH Najib
  • 8:43 pm
  • 10/12/2018
  • Komen
Ini rupa OnePlus 6T yang dikuasakan McLaren?
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran One Plus 6T Edisi McLaren bukan lagi satu rahsia. Ia telah didedahkan menerusi kad jemputan yang telah diedarkan oleh OnePlus. Majlis pelancarannya pula akan diadakan pada hari esok, tetapi telah ada gambar terbocor mula tersebar.

Seperti namanya, Edisi Khas McLaren ini dibuat berasaskan telefon pintar OnePlus 6T. Tetapi ia diberikan sentuhan kereta lumba McLaren, seperti pengguna gentian karbon di belakang, serta warna oren di bingkainya.



Perkakasnya di dalam, diberikan beberapa naik taraf. Menurut gambar terdedah yang dikongsi oleh @IshanAgarwal24, perkara baru yang diletak di dalam telefon pintar ini adalah RAM 10GB, lebih 2GB dari variasi terbaik OnePlus 6T biasa.

Selain itu, Edisi Khas ini juga akan dilengkapi teknologi pengecas Warp Charge, yang memberikan tenaga sehari dengan pengecasan selama 20 minit sahaja. Ini adalah satu peningkatan berbanding pengecas Dash Charge 5V4A yang digunakan OnePlus 6T. Berkemungkinan, ia adalah pengecas yang sama dengan OPPO SuperVOOC 10V5A.



Tambah Ishan lagi, storan di dalam telefon pintar edisi khas ini akan datang dengan kapasiti 256GB. Lain-lain perkara yang akan ada ialah seperti cip Snapdragon 845.

Tetapi ada khabar angin mengatakan mungkin OnePlus akan melancarkan satu lagi variasi dengan teknologi rangkaian 5G dan dikuasakan cip Snapdragon 855. Ia selari dengan kenyataan OnePlus minggu lepas, di mana mereka ingin menjadi pengeluar peranti pertama di Eropah pada awal tahun 2019.

Majlis pelancaran OnePlus 6T Edisi McLaren akan dibuat esok, 11 Disember 2018 pada jam 5.30 petang. Nantikan laporan lanjut kami tentangnya esok.

[Sumber: Ishan, 9to5google]

Tags: McLarenOnePlusoneplus 6t
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Ini rupa OnePlus 6T yang dikuasakan McLaren?

Ini rupa OnePlus 6T yang dikuasakan McLaren?

10 December 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER