• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran baki dua bank digital ditangguhkan atas sebab isu teknikal

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:27 pm
  • 17/07/2024
  • Komen
Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diketahui, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan lesen bank digital kepada lima pemohon yang berjaya. Tetapi setakat ini, hanya tiga sahaja yang telah melancarkan perkhidmatan bank digital mereka iaitu GX Bank, Aeon Bank dan Boost Bank.

Dua lagi syarikat masih lagi belum melancarkan bank digital mereka dan menurut The Star, pelancarannya telah ditangguh atas sebab isu teknikal. BNM dikatakan masih belum memberi lampu hijau untuk dua digital bank ini beroperasi kerana ‘saluran digital’ mereka belum disiapkan sehingga kini.



Pelancarannya juga ditangguh disebabkan perancangan yang tidak kemas pada bahagian teknologi maklumat atau IT bank digital masing-masing. Dua baki syarikat digital bank ini adalah terdiri daripada gabungan Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd, serta gabungan KAF Investment Bank dengan Carsome, dan MoneyMatch dan Jirnexu.

Selain itu, sumber dalaman The Star turut berkongsikan bahawa dua bank digital itu menghadapi isu teknikal yang sama dengan tiga bank yang telah dilancar. Tetapi, kelajuan dalam memperbetulkan isu tersebut mengakibatkan penangguhan pelancarannya. Meskipun begitu, pasukan BNM menjangkakan kedua-dua digital bank itu akan menerima kebenaran untuk beroperasi sebelum hujung tahun ini.



Namun, sekiranya dua bank itu masih memerlukan lebihan masa untuk bersedia, mereka juga dikatakan boleh memohon untuk lanjutan masa kerana BNM ada menetapkan tarikh akhir pelancaran sepatutnya sebelum April 2024.

Tetapi, ini sudah tentu akan menyebabkan penangguhan pelancaran yang lebih lama. Bagaimanapun, laporan terbaru The Star memaklumkan Sea dan YTL Digital sah akan melancarkan bank digital mereka hujung tahun ini, mengikut garis masa asal yang ditetapkan.

Sebagai perbandingan, GX Bank adalah bank digital pertama yang memulakan operasi mereka di Malaysia, iaitu pada November tahun lepas, diikuti dengan Aeon Bank pada Mei dan Boost Bank pada awal Jun.

Daripada lima pemegang lesen digital bank ini, hanya Aeon dan konsortium KAF Investment Bank sahaja yang boleh menyediakan perkhidmatan perbankan digital patuh Syariah.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital
  • GXBank tawar pulangan harian 5% p.a waktu terhad
  • Kad debit-i AEON Bank tak papar transaksi masa nyata? Ada masalah atau belum bersedia?
Tags: aeon bankBank Digitalbank negara malaysiaBoost Bankgxbank
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital

Pelancaran baki dua bank digital ditangguhkan atas sebab isu teknikal

17 July 2024
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER