• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo bagi perayauan internet percuma di perlawanan akhir AFF Suzuki di Vietnam

  • OLEH Najib
  • 8:44 pm
  • 13/12/2018
  • Komen
Yoodo bagi perayauan internet percuma di perlawanan akhir AFF Suzuki di Vietnam
Share on FacebookShare on Twitter

Semangat rakyat Malaysia masih hangat membara selepas berjaya mengikat Vietnam 2-2 dalam pusingan pertama perlawanan akhir Piala Suzuki AFF, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada hari Selasa lepas. Pusingan kedua pula akan diadakan di Vietnam pada hari Sabtu ini, 15 Disember 2018.

Yoodo turut sama mahu meraikannya dengan peminat pasukan Harimau Malaya yang akan ke Vietnam, dengan memberikan perayauan internet percuma di Vietnam selama dua hari, pada 14 dan 15 Disember 2018.



Kita bagi pas Roam Like Home percuma kepada semua pengguna Yoodo yang menyokong Harimau Malaya di Vietnam pada 14-15 Disember ini! Mengaumlah kuat-kuat untuk skuad bola sepak negara! #youdoitbetter

Info lanjut: https://t.co/E87LSymjb2

*Tertakluk kepada terma dan syarat pic.twitter.com/oCSSvbdvNP

— Yoodo (@yoodoMY) December 13, 2018

Roam Like Home Plus yang memberikan akses internet di Vietnam untuk pengguna Yoodo, biasanya dicaj RM20 sehari untuk penggunaan selama 24 jam. Untuk 2 hari, cajnya ialah RM40. Tetapi khas pada 14 & 15 Disember ini, pengaktifan Roam Like Home Plus di Vietnam tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Walaubagaimanapun, ia hanya memberikan akses ke perayauan internet sahaja. Pengguna masih perlu membeli data untuk menggunakan internet di sana. Pengaktifan perayauan data ini juga perlu dibuat setiap hari, kerana ia tidak diperbaharui secara automatik.



Nasib baik, promosi 20GB add-on RM20 masih berjalan sehingga hujung tahun ini. Jika anda belum ada kad sim Yoodo, anda boleh mendaftar di sini dan menerima kredit percuma RM20. Kemudian anda boleh membeli data 20GB dengan membayar menggunakan kredit RM20 tadi.

Tunggu apa lagi. Jika anda akan ke Vietnam untuk menonton perlawanan akhir ini, aktifkan kad sim Yoodo anda sekarang, dan langgan pelan Roam Like Home Plus Yoodo di Vietnam pada 14 & 15 Disember nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh semak laman soal-jawab Yoodo.

Kalau belum ada kad sim Yoodo, dapatkannya segera dengan mendaftar di sini. Penghantaran ialah percuma. Tapi, sempat ke nak dapat sebelum terbang ke sana?

Tags: AFF Suzuki Cupyoodo
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Yoodo bagi perayauan internet percuma di perlawanan akhir AFF Suzuki di Vietnam

Yoodo bagi perayauan internet percuma di perlawanan akhir AFF Suzuki di Vietnam

13 December 2018
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER