• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NEX kedua adalah Vivo NEX Dual Display Edition dengan RAM 10GB

  • OLEH Najib
  • 10:07 am
  • 14/12/2018
  • Komen
NEX kedua adalah Vivo NEX Dual Display Edition dengan RAM 10GB
Share on FacebookShare on Twitter

Generasi kedua telefon nirbingkai Vivo telah dilancarkan. Ia menggantikan Vivo NEX, tetapi tidak menggunakan nama Vivo NEX 2. Sebaliknya ia dinamakan, Vivo NEX Dual Display Edition.

Telefon ini tidak lagi menggunakan modul kamera bermotor, yang boleh menyimpan dan mengeluarkan kamera hadapan. Seperti namanya, ia memiliki dua skrin dan membuang terus kamera hadapan.



Di hadapan, ia dipasang skrin HD Penuh+ berukuran 6.39-inci, lebih kecil dari Vivo NEX yang memiliki skrin 6.59-inci. Ia memiliki nisbah skrin ke badan sebanyak 91.63%. Di belakang pula, terdapat skrin 5.49-inci dengan resolusi HD Penuh biasa. Kedua-dua skrin ini menggunakan paparan Super AMOLED.

Kuasa dalaman NEX baru ini menggunakan cip yang sama, Snapdragon 845 tetapi kini dengan RAM lebih besar, 10 GB dan storan dalaman 128GB. Tiada pilihan meluaskan storan ini.



Dengan ketiadaan kamera di hadapan, semua urusan mengambil gambar diuruskan oleh kamera di belakang. Kali ini, ia menggunakan tiga lensa kamera belakang yang disusun mendatar. Kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX363 12MP F1.79 dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi. Sensor kedua ialah kamera malam 2MP F1.8 dan sensor ketiga adalah kamera TOF yang mengesan tahap kedalaman secara 3D.

Telefon ini mengekalkan penggunaan capjari di dalam skrin, sama seperti NEX sebelumnya. Ia juga menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci lebih pantas. Cuma, ia perlu dilakukan menggunakan kamera belakang. Previu akan dilakukan menggunakan skrin di belakang.

Satu ciri unik padanya ialah ‘Lunar Ring‘, bulatan yang mengelilingi kamera belakang. Ia boleh menghasilkan cahaya pelbagai warna untuk notifikasi yang berbeza, juga bertindak sebagai cahaya lembut untuk mengambil gambar swafoto.

Dengan skrin sentuh terdapat di belakang, ia boleh dijadikan sebagai kawalan tambahan terutama ketika bermain game. Dengan menekan bahagian kiri atau kanan skrin. Fungsi ini turut diperkatakan oleh Nubia X.

Sayangnya, bateri NEX Dual Display ini hanyalah 3,500mAh sahaja, 500mAh lebih kecil dari NEX yang asal. Dengan penggunaan dwi-skrin, dijangka jangka hayat bateri akan lebih pendek. Ia disertakan pengecas pantas 22.5W.

Di China, Vivo NEX Dual Display Edition akan mula dijual pada 29 Disember 2018, dengan harga RMB4,998 (~RM3,037). Untuk perbandingan, Vivo NEX dengan modul kamera tersembunyi, kini dijual di China pada harga RMB4,298 (~RM2,611). Buat masa ini, tiada khabar ia akan dijual di luar China.

Solusi nirbingkai dengan membuang kamera hadapan dan memasang skrin kedua di belakang memang sangat menarik. Tetapi adakah ia lebih efisyen berbanding skrin melungsur seperti Mi MIX 3 dan Honor Magic 2? Yang mana satu anda lebih suka?

[Sumber: Gadgets360]

Tags: NEX Dual DisplayvivoVivo Dual Display Edition
Najib

Najib

POPULAR

NEX kedua adalah Vivo NEX Dual Display Edition dengan RAM 10GB

NEX kedua adalah Vivo NEX Dual Display Edition dengan RAM 10GB

14 December 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER