• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay akan boleh hantar dana ke eWallet luar negara, umum kenaikan caj tambah nilai

  • OLEH Najib
  • 6:33 pm
  • 05/08/2024
  • Komen
BigPay akan boleh hantar dana ke eWallet luar negara, umum kenaikan caj tambah nilai
Share on FacebookShare on Twitter

BigPay adalah perkhidmatan kewangan di bawah Capital A yang turut memiliki AirAsia. Ia menyediakan banyak perkhidmatan kewangan seperti simpanan, penghantaran dana melalui DuitNow dan ke luar negara, kad prabayar serta pinjaman peribadi.

Kad kredit luar negara dinaikkan caj

Baru-baru ini, BigPay mengumumkan akan mengemaskini beberapa bayaran dan caj penggunaan perkhidmatan mereka. Ia melibatkan tambah nilai menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank di luar negara.



Mulai 21 Ogos 2024, tambah nilai melalui kad kredit luar negara akan dikenakan caj 2.9%. Buat masa sekarang, ia dikenakan caj yang sama dengan kad kredit bank tempatan iaitu 1% sahaja. BigPay pernah memberikan tambah nilai kad kredit tanpa caj sehingga RM1,000. Tetapi ia mula dikenakan caj 1% sejak Ogos 2023.

Penghantaran dana ke eWallet luar negara

Dalam kenyataan yang sama, BigPay turut mengumumkan akan menyokong penghantaran dana ke eWallet luar negara. Ia akan boleh digunakan mulai 9 September 2024. berikut adalah caj yang dikenakan BigPay untuk penghantaran dana ke luar negara:



  • Indonesia [Bank] – RM4.50
  • Indonesia [eWallet: Dana, GoPay, Ovo, Shopee Pay) – RM4.00
  • Singapura [Bank] – RM4.50
  • India [Bank] – RM3.50
  • Nepal [Bank] – RM6.00
  • Nepal [eWallet: eSewa]- RM6.00
  • Bangladesh [Bank] – RM6.00
  • Bangladesh [eWallet: bKash] – RM6.00
  • Filipina – RM6.00
  • Filipina [eWallet: GCash, PayMaya] – RM6.00
  • Vietnam [Bank] – RM8.00
  • Vietnam [eWallet: MoMo] – RM8.00
  • Thailand [Bank] – RM10.00
  • Australia [Bank] – RM13.00
  • China [eWallet: UnionPay, Alipay] – RM22.00
  • UK [Bank] – RM6.00
  • EU [Bank] – RM6.00

Sistem akan tergendala selama 3 jam

📣Heads Up, BigPay Users! 📣

We’re giving our system a glow-up from 11:50 AM on August 7th to 3:00 AM on August 8th (GMT+8) to make your BigPay experience even better. During this upgrade, our services—including the BigPay Visa card, app, and widget on AirAsia MOVE—will be… pic.twitter.com/rS0N2xvCXH

— BigPay (@bigpaymeapp) August 2, 2024

Di samping itu, BigPay juga mengumumkan akan membuat naik taraf sistem, mulai 11 malam pada 7 Ogos 2024, sehingga 3 pagi pada 8 Ogos 2024. Dalam tempoh ini, semua perkhidmatan BigPay termasuk penggunaan kad Visa, aplikasi dan widget di AirAsia Move tidak boleh digunakan. Semua pengguna BigPay dinasihatkan untuk merancang perbelanjaan mereka supaya tidak terlibat dalam waktu ini.

Sejurus naik taraf selesai, pengguna BigPay akan diminta untuk mengemaskini nombor pin kad Visa bagi memastikan keselamatan penggunaan kad.

[Sumber: BigPay]

Bacaan Berkaitan

  • Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?
  • Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa
  • BigPay henti tambah nilai percuma kad kredit, mula caj bayaran luar negara dalam MYR
Tags: bigpayeWallet
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
BigPay akan boleh hantar dana ke eWallet luar negara, umum kenaikan caj tambah nilai

BigPay akan boleh hantar dana ke eWallet luar negara, umum kenaikan caj tambah nilai

5 August 2024
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER