• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 9 akan dijual di Lazada dan Shopee

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:20 pm
  • 09/08/2024
  • Komen
Google Pixel 9 akan dijual di Lazada dan Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah umum diketahui bahawa telefon pintar Google Pixel akhirnya akan tiba di Malaysia, selepas Google Malaysia berkongsikan maklumat pelancaran siri Pixel 9 di laman X mereka. Malah, tiga pengedar sah dan dua syarikat telco juga telah mengesahkan ketibaan siri Pixel 9 di Malaysia.

Store Google Pixel muncul di Lazada dan Shopee

Kini, perkembangan terbaru menunjukkan siri telefon Pixel 9 ini nampaknya akan dijual di Lazada dan Shopee melalui stor rasmi Google Pixel. Dilihat stor Google Pixel telah pun diwujudkan di kedua-dua platform itu, dengan terdapat label Lazada Flagship Store dan Shopee Mall di kedua-dua stor tersebut.



Ini sekali gus mengesahkan ia adalah stor yang sebenar kerana label tersebut hanya disimpan untuk pemilik jenama dan pengedar sah. Bagaimanapun, tiada maklumat berkenaan siapa atau syarikat mana yang mengendalikan stor tersebut.

Selain itu, kedua-dua stor Google ini juga masih belum menyenaraikan apa-apa produk di laman mereka. Namun begitu, terdapat teaser dan imej promosi telefon terbaru Pixel di setiap halaman utama stor tersebut.



Pengedar sah telefon Pixel di Malaysia

Setakat ini, tiga pengedar sah telah disahkan sebagai penjual rasmi telefon pintar Pixel 9. Ia adalah Urban Republic, Senheng dan SenQ, dengan Senheng dan SenQ dilaporkan menawarkan pelan ansuran sehingga 5 tahun atau 60 bulan untuk telefon pintar baru Google.

Untuk telco, peranti Pixel 9 ini akan tersedia didapatkan melalui CelcomDigi dan Maxis. Namun begitu, tidaklah pasti sama ada telco ini akan menawarkan produk Google yang lain pada masa akan datang.

Tiga peranti Pixel 9 tersenarai di SIRIM

Sementara kedatangan siri Pixel 9 ke Malaysia telah disahkan, berkemungkinan hanya tiga model sahaja yang akan ditawarkan di pasara tempatan. Ini setelah hanya telefon pintar Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL yang tersenarai di pengkalan data SIRIM. Tiada model telefon lipat Pixel 9 Pro Fold.

Siri Google Pixel 9 bakal dilancarkan tidak lama lagi, iaitu pada 14 Ogos 2024. Apa yang pasti adalah telefon ini dikuasakan cip flagship terbaru Google Tensor G4.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Siri Pixel 9 muncul di SIRIM, tanda pelancaran Malaysia tak lama lagi?
  • Google Malaysia menyebut Pixel 9 Pro akan datang Ogos ini
  • Google Pixel bakal masuki Malaysia melalui Urban Republic?
Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 9Google Pixel 9 LazadaGoogle Pixel 9 MalaysiaGoogle Pixel 9 ShopeeLazadaPixel MalaysiaShopee
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Google Pixel 9 akan dijual di Lazada dan Shopee

Google Pixel 9 akan dijual di Lazada dan Shopee

9 August 2024
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN