• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Switch jual iPhone X sama harga dengan iPhone XR

  • OLEH Najib
  • 10:49 am
  • 17/12/2018
  • Komen
Switch jual iPhone X sama harga dengan iPhone XR
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda masih berkira-kira untuk membeli iPhone XR atau menambah wang bagi mendapatkan iPhone X, maka anda tak perlu pening lagi memikirkannya. Tawaran terbaru dari Switch ini pasti dapat menyelesaikan kekusutan di dalam minda.

Switch Malaysia kini menawarkan iPhone X 64GB pada harga RM3,599 sahaja. Sebelum ini, harga iPhone X turun ke RM4,299 selepas iPhone XS dan iPhone XR dilancarkan.



Bermakna, harga iPhone X 64GB ini adalah sama dengan iPhone XR 64GB. Bagaimanapun tawaran ini untuk warna Space Gray sahaja. Warna Silver masih dijual pada harga RM4,299.

Satu-satunya kelebihan iPhone XR berbanding iPhone X ialah skrinnya yang lebih besar, 6.1-inci berbanding 5.8-inci. Tetapi iPhone XR menggunakan paparan LCD dengan resolusi HD (1792×828) sahaja. Manakala iPhone X pula menggunakan paparan OLED yang menyokong HDR, dengan resolusi HD Penuh (2436×1125).



Lain-lain perkara, iPhone X memiliki kelebihan dari iPhone XR seperti dwi-kamera belakang dengan 2x zum optikal dan kalis air IP68 IP67 sehingga 1 meter dalam. Malah, iPhone X juga masih ada adaptor lightning ke 3.5mm, yang telah dibuang dari iPhone XR dan iPhone XS.

Memang skrin iPhone XR besar sikit, tetapi kelebihan iPhone X jauh lebih banyak. Jadi, tak perlu gusar lagi, pilih iPhone X di tawaran Switch sekarang sebelum mereka kehabisan stok. Boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Switch atau tempah sahaja di Stor Online Switch.

[Sumber: Switch]

Tags: appleiPhone XSwitch
Najib

Najib

POPULAR

Switch jual iPhone X sama harga dengan iPhone XR

Switch jual iPhone X sama harga dengan iPhone XR

17 December 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN