• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengasas Telegram ditahan di Perancis, #FreePavel tular

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:42 am
  • 26/08/2024
  • Komen
Pengasas Telegram ditahan di Perancis, #FreePavel tular
Share on FacebookShare on Twitter

Pavel Durov, pengasas berasa dan kini merangkap CEO Telegram dilapor telah ditahan di lapangan terbang Le Bourget Airport, Perancis. Butiran penahanannya masih belum ada namun, spekulasi kencang bertiup mengatakan yang ia ada kaitan dengan platform Telegram didakwa digunakan oleh orang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan undang-undang.

Pavel Durov ditahan OFMIM

Menariknya, pihak berkuasa Perancis yang melakukan penahanan tersebut ialah Office Mineurs (OFMIN), agensi yang bertanggungjawab ke atas perlindungan orang bawah umur.



OFMIN mengatakan yang Durov perlu bertanggungjawab ke atas aktiviti jenayah yang berlaku di dalam platform miliknya dan kawal selia lebih ketat perlu dilakukan. Namun begitu, pengasas Telegram itu mengamalkan konsep “lepas tangan”, katanya untuk menjaga integriti platform yang turut digunakan oleh orang kebanyakan melakukan aktiviti sah.

Telegram memang terkenal dengan ciri penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) yang menjadikannya antara platform permesejan kalis intipan. Makanya, ia adalah serampang dua mata iaitu boleh digunakan untuk kebaikan dan juga keburukan. Contohnya, pihak berkuasa tidak dapat menjejaki pelaku pesalah undang-undang disebabkan E2EE ini.



Elon Musk sokong #FreePavel

Berita penahanan Pavel tersebar luas dengan pantas, begitu juga dengan gerakan pembebasannya. Contohnya, Elon Musk, pemilik X sendiri mengutuskan tanda pagar #FreePavel di akaun peribadinya.

#FreePavel
pic.twitter.com/B7AcJWswMs

— Elon Musk (@elonmusk) August 25, 2024

Buat pengetahuan anda, Pavel memuji tindakan Elon Musk mengambil alih Twitter sebelum ditukarkan kepada X. Telegram dan X mempunyai persamaan daripada segi kebebasan penggunaan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Pavel pernah bertemu Fahmi Fadzil

YB Fahmi Fadzil dalam bulan Mac 2024 dulu pernah bertemu dengan Pavel Durov di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. Antara intipati pertemuan mereka adalah Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia adalah untuk memperkemas aspek kawal selia di Telegram, terutamanya untuk membanteras aktiviti scam dan perjudian di dalam platform berkenaan.

Sebelum ini, jurucakap Telegram Remi Vaughn mengatakan mereka tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan bagi tujuan politik. Dengan permakluman terbaru ini, ia menunjukkan Telegram akan mematuhi kawal selia yang ditetapkan kerajaan untuk bolehkan platform itu terus beroperasi di Malaysia pada masa akan datang.

Selain isu kawal selia, Fahmi turut menegaskan perbincangan itu memberi fokus terhadap teknologi baharu dan juga aspek kecerdasan buatan (AI), dengan ia diadakan dalam suasana positif. Pavel dikatakan turut menyatakan minat pihak mereka untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai peluang untuk kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Telegram pernah diharamkan di Russia

Kerajaan Russia yang diterajui Vladimir Putin katanya sedang berusahan mendapatkan akses kepada penahanan Pavel namun setakat ini tidak dibenarkan. Pihak kerajaan itu ada beberapa kali meminta Durov menyerahkan kunci digital untuk menyahsulit kandungan E2EE namun tidak dilayan Durov. Mungkin atas sebab itu, Telegram telah disekat operasinya di Russia dalam tahun 2018 hingga 2020.

Sumber: Aljazeera, Android Authority

Bacaan berkaitan

Pavel Durov sedia berkerjasama dengan SKMM tangani isu kawal selia Telegram

Telegram sekat saluran Hamas pada peranti Android

RM2.5 juta kerugian dicatat hasil penipuan guna WhatsApp & Telegram sepanjang 2023

Tags: Pavel Durovtelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengasas Telegram ditahan di Perancis, #FreePavel tular

Pengasas Telegram ditahan di Perancis, #FreePavel tular

26 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER