Amazon telah mengumumkan pembukaan infrastruktur Amazon Web Services (AWS) baharu untuk wilayah Asia Pasifik. AWS Asia Pacific (Malaysia) Region menawarkan pengguna di Malaysia dan rantau sekitarnya menjalankan aktiviti dan menyimpan data secara tempatan lantas mengurangkan latensi dan mempertingkat tahap keselamatan.
Ia adalah kesinambungan pengumuman yang telah mereka lakukan dalam bulan Mac 2023 lalu tentang cadangan pembukaan infrastruktur di Malaysia beserta sejumlah pelaburan yang akan mereka lakukan di sini.
Wilayah AWS Malaysia ada 3 Availability Zone
Pelancaran Wilayah AWS Malaysia ini bermakna AWS kini beroperasi di 34 wilayah geografi dengan 108 Availability Zone. Untuk pengetahuan anda, setiap Wialayah AWS mengnadungi beberapa Availability Zone dan untuk Malaysia, kita ada 3. Ia merujuk kepada pengkalan data fizikal yang dibangunkan cukup jauh antara satu sama lain tapi masih mampu memberikan prestasi latensi yang rendah merentasi Wilayah AWS setempat.
Setap pengkalan data ini mempunyai bekalan kuasa, penyejukan, dan sistem keselamatan sendiri. Ia juga berhubung antara satu sama lain menggunakan rangkaian Internet berlatensi ultrarendah serta ada sandaran sendiri sekiranya berlaku kegendalaan servis.
Beberap organisasi besar di Malaysia sudahpun mengguna pakai AWS bagi memacu perniagaan masing-masing seperti:
- Bursa Malaysia melancarkan platform Centralized Sustainability Intellitgence (CSI) dalam usaha mereka mengurangkan jejak karbon.
- CelcomDigi menggunakan perkhidamtan AI AWS untuk pacu transformasi digital mereka
- GX Bank menggunakan AWS lantas jadi digital bank pertama yang capai 750,000 pelanggan dalam masa 8 bulan.
- Petronas memanfaatkan AWS untuk menggerakkan servis e-dompet dan logistik mereka
- RTM memperkasa platform RTMKlik menggunakan AI untuk menambah baik keterlibatan penonton mereka
- TNB menggunakan AWS untuk membangunkan solusi tenaga pintar mereka
Amazon labur hampir RM29.2 billion di Malaysia
Dalam kenayataan medai terbaharu, Amazon merancang akan melabur lebih USD6.2 billion (~RM29.2 billion) ke dalam pasaran Malaysia sehingga tahun 2038. Pelaburan ini dijangka akan menyimbang sebanyak USD12.1 billion (~RM57.3 billion) ke dalam KDNK negara ini disamping mewujudkan lebih 3,500 peluang pekerjaan sepenuh masa, setiap tahun.
Pembukaan Wilayah Amazon Web Services (Wilayah AWS) ini dilihat Menteri Pelaburan dan Industri (MITI), Senator Tengku Zafrul Aziz sebagai tanda keyakinan pelabur tetapi juga menempatkan Malaysia sebagai hab teknologi utama di rantau Asia Pasifik.
Ia juga dianggap sebagai langkah yang betul kearah memenuhi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) untuk mejadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam sektor industri berteknologi tinggi.