• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Uber mengaku sembunyi kebocoran data 57 juta pengguna

  • OLEH Najib
  • 4:29 pm
  • 22/11/2017
  • Komen
Vivo V7 pilihan pakar swafoto yang lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Uber hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka telah membayar USD100,000 (~RM411,000) kepada penggodam yang berjaya mencuri pengkalan data 57 juta pengguna Uber di seluruh dunia.

Perkara ini berlaku pada Oktober 2016, di bawah pengurusan Ketua Pengarah Urusan (CEO) terdahulu, Travis Kalanick. Bayaran ini dibuat agar penggodam tersebut tidak menyebarkan data yang berjaya mereka cerobohi.



Sebanyak 600,000 data rakan pemandu dari Amerika Syarikat terdapat dalam sebahagian dari 57 juta data pengguna tersebut. Bagaimanapun, bukan sistem dalaman Uber sebaliknya pencerobohan ini berlaku pada sistem pihak ketiga yang digunakan Uber.

Dilaporkan data yang terdapat di dalamnya adalah seperti nama, emel dan nombor telefon. Pakar keselamatan yang dilantik Uber menyatakan, tiada data kritikal seperti sejarah perjalanan, kad kredit, nombor akaun bank dan tarikh lahir terdapat di dalam data tersebut.



Pengumuman ini dimaklumkan sendiri oleh CEO baru Uber, Dara Khosrowshahi. Beliau turut memecat dua orang pegawai yang menguruskan insiden ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pengguna Uber dinasihatkan untuk memantau penggunaan kad kredit serta akaun Uber mereka. Jika terdapat keraguan, sila gunakan Help Centre di dalam aplikasi dan buat laporan akaun telah dicerobohi (I think my account has been hacked).

[Sumber: Reuters]

Tags: kebocoran datapencerobohpenggodamUber
Najib

Najib

POPULAR

Vivo V7 pilihan pakar swafoto yang lebih murah

Uber mengaku sembunyi kebocoran data 57 juta pengguna

22 November 2017
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN