• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y95 pakar swafoto berskrin penuh Halo di bawah RM1000

  • OLEH Najib
  • 10:58 am
  • 24/12/2018
  • Komen
Vivo Y95 pakar swafoto berskrin penuh Halo di bawah RM1000
Share on FacebookShare on Twitter

Esok dah bermulanya Hari Natal. Tetapi sempat juga Vivo Malaysia memperkenalkan satu lagi model baru telefon pintar keluaran mereka, Vivo Y95. Ia adalah telefon pintar dengan teknologi AI swafoto pada kamera hadapan 20MP.

Vivo Y95 memiliki banyak penambahan berbanding Vivo Y91i yang baru sahaja diperkenalkan beberapa minggu lepas. Harga rasmi Vivo Y95 di Malaysia ialah RM999, tetapi sebagai promosi pengenalan, anda boleh mendapatkan diskaun RM100 di Lazada, menggunakan kupon VIVO95.



Agak menarik, Vivo Y95 memiliki saiz skrin yang sama dengan Vivo Y91i iaitu 6.22-inci dari jenis Halo FullView. Juga dengan resolusi yang sama, HD+ 1520×720. Persamaan ini diteruskan lagi dengan penggunaan cip Snapdragon 439 8-teras.

Tetapi penambahan yang ketara di RAM dan storan, di mana RAMnya digandakan kepada 4GB dan storannya 4x lebih banyak, iaitu 64GB.



Kamera belakangnya menggunakan dwi-lensa 13MP+2MP. Kamera ini ditemani oleh pengimbas capjari di belakang. Kamera hadapan pula 20MP berkuasa AI Swafoto.

Bateri sebesar 4,030mAh dipasang di dalam Vivo Y95 dan ia menggunakan port mikroUSB untuk mengecas. Vivo Y95 menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama antaramuka Vivo FunTouch OS 4.5 di atasnya.

Untuk harga di bawah RM1,000, ada banyak pilihan lain yang dilihat lebih baik. Tetapi jika anda peminat Vivo dan kamera swafotonya, anda boleh dapatkan Vivo Y95 sekarang di Stor Rasmi Vivo Lazada dengan diskaun RM100, menjadikan harganya hanya RM899.

Dua pilihan warna dengan efek gradient di sediakan, antara Hitam dan Merah.

Tags: vivoVivo Y95
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y95 pakar swafoto berskrin penuh Halo di bawah RM1000

Vivo Y95 pakar swafoto berskrin penuh Halo di bawah RM1000

24 December 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN