2024 adalah tahun yang meriah untuk EV. Hal ini kerana tahun ini adalah tempoh paling banyak model EV dilancarkan dalam pasaran Malysia. Untuk SoyaCincau Award 2024 ini, kami persembahkan kepada anda:
- EV Bajet Terbaik 2024
- SUV Elektrik Terbaik 2024
- Sedan Elektrik Terbaik 2024
- EV Terbaik 2024
- CPO Terbaik 2024
Untuk memilih pemenang, kami perlu tetapkan beberapa parameter untuk kecilkan jumlah calon. Oleh itu, hanya model yang dilancarkan di antara 20 November 2023 hingga 1 November 2024 yang akan dipertimbangkan.
Senarai kategori SoyaCincau Award 2024
Anda juga boleh semak pemenang-pemenang dalam kategori lain:
- Telco terbaik 2024
- Terbaik & terburuk dunia tech 2024
- Telefon terbaik 2024
- Tablet terbaik 2024
- Gajet terbaik 2024
EV Bajet Terbaik 2024
Gangsa – MG4 Lux Extended
Lencana gangsa kami anugerahkan kepada MG4 Lux Extended Range. Pertama adalah rekaannya yang garang dan bergaya. Kemudian, kuasanya. Ia adalah EV pacuan roda belakang dengan output motor setinggi 241hp. Untuk sebuah EV bertanda harga bawah RM150,000 ia adalah sesuatu yang mengagumkan.
Satu lagi perkara menarik tentang EV ini adalah ia terima input DC pada paras 150kW dan AC 11kW. Tak cukup dengan itu, disebabkan ia EV jenis hatchback kompak, jarak kembaranya boleh mencecah 520km. Jadi, kami rasakan MG4 Lux Extended ini sesuai untuk yang nak cari EV prestasi pada harga patut.
Perak – BYD Seal Dynamic
Kalau anda sanggun korbankan sedikit kuasa kuda untuk ruang lebih luas, BYD Seal Dynamic adalah jawapannya. Varian ini berharga RM165,000 dan buat masa ini antara sedan elektrik termurah boleh anda dapatkan di Malaysia. Sama macam MG4 Lux Extended, BYD Seal Dynamic juga adalah EV pacuan roda belakang dengan output 201hp. Sistem bateri yang ada pada EV ini mampu bawanya gerak sejauh 460km dan apabila perlu diisi, ia terima kuasa 110kW DC.
Sebagai alternatif yang lebih praktikal kepada MG4, kami sarankan BYD Seal Dynamic dan berikannya lencana perak.
Emas – BYD M6
Ini satu-satunya MPV elektrik bawah RM150,000 di Malaysia. Kalau anda seorang ketua keluarga yang sedang cari pengangkutan untuk lebih daripada 5 orang, ini satu-satunya pilihan anda. Harganya sangat menarik, bawah RM125,000 untuk EV lengkap ciri-ciri moden. BYD M6 dilengkapi cici ADAS Tahap 2 seperti adaptive autocruise. Baterinya boleh bawa mengembara sejauh 450km.
Mungkin rupanya tidaklah futuristik, namun kepraktikalannya jauh mengatasi rupa. Untuk kereta Hari Raya 2025, kami sangat sarankan BYD M6.
SUV Elektrik Terbaik 2024
Gangsa – Smart #3 Brabus
Rupa gaya sporty coupe yang garang, lebih-lebih lagi dalam warna Photon Orange. Smart #3 kami berikan lencana gangsa unntuk rupa dan prestasi, terutamanya untuk varian Brabus. SUV elektrik ini ada konfigurasi motor berkembar yang keluarkan 428hp dan 543Nm tork. Ia mampu bawanya pecut ke 100km/j dalam masa 3.7s sahaja.
Untuk leraikan kerinduan pemandu pada enjin petrol, speaker Smart #3 Brabus boleh simulasikan bunyi enjin V6 serta kluster meter digitalnya akan menyesuaikan antara muka dengan mode pemanduan.
Bukan saja tawarkan prestasi, ia juga sebuah SUV yang besar. Untuk harga RM255,000 praktikaliti yang ia tawarkan adalah sangat berbaloi.
Layari laman rasmi Smart #3 Brabus untuk maklumat lanjut.
Perak – Mini Countryman All4 SE
Daripada gangsa, kita pergi ke perak dan utuk slot ini, ia diisi oleh Mini Countryman ALL4 SE. Pada segi rupa luaran, identiti Countryman masih dikekalkan dengan beberapa tweak dilakukan, terutamanya pada segi rekaan kekotak untuk lebih menonjolkan sifat EV-nya.
Di bahagian dalam, anda dipersembahkan dengan sistem inforia dengan skrin bulat, pertama seumpamanya dalam EV. Lebih menarik, panel paparan ini adalah jenis OLED yang terang dan beresolusi tinggi. Bagi menambah baik pengalaman memandu, macam-macam jenis mode didatangkan sekali, lengkap dengan simulasi bunyi enjin dan tahap suap balik pendikit seperti sebuah kenderaan petrol.
Ini adalah antara Mini terbesar dalam keluarganya. Layari laman rasmi Mini Countryman All4 SE untuk maklumant lanjut.
Emas – Hyundai Ioniq 5 N
Ioniq 5 sudah tersedia sebuah hothatch berkaliber. Rekaannya tak lapuk ditelan zaman walaupun EV ini sudah menjangkau usia 5 tahun. Rupa dan kepraktikalnnya sahaja layak untuk menangkannya emas tapi tak terhenti di situ, Hyundai bawa Ioniq 5 setahap lebih atas.
Versi prestasi iaitu Ioniq 5 N tawarkan 609hp dan 740Nm untuk dihamburkan di dalam trek dan bawa ia ke 100km/j dalam masa 3.1 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 261km/j. Tak setakat kuasa mentah, ia juga dilengkapi ciri-ciri yang buatkan pemanduannya lebih seronok daripada EV prestasi lain.
Contoh, speakernya boleh simulasikan bunyi enjin. Motornya boleh simulasikan pengalaman kekotak gear DCT 8 kelajuan. Petrol head yang nak cuba EV pastinya tak rasa kekok bila berada di dalam Ioniq 5 N.
Layari laman rasmi Hyundai Ioniq 5 N untuk maklumat lanjut.
Sedan Elektrik Terbaik 2024
Gangsa – BYD Seal Performance
Disebabkan tak banyak pesaing, BYD Seal Performance masuki carta Sedan Elektrik Terbaik 2024. Sekiranya anda hanya perlukan sedan prestasi berkuasa elektrik pada harga terendah, inilah dia harganya. BYD Seal Performance boleh didapatkan pada RM200,430. Dengannya, anda boleh pecut ke 100km/j dalam masa 3.8s sahaja berbekalkan motor berkembar 390kW dan 670Nm.
Luar daripada kekotak prestasi, BYD Seal Performance tidaklah wow. Rekaannya biasa-biasa haja malah ada yang rasakan rekaannya tak cantik. Jejalur DRL di bahagian bumper bawah, nampak seperti aksesori dari kedai luar. Namun, berdasarkan pengalaman pandu uji kami, kerusi BYD Seal Performance adalah antara yang paling selesa setakat ini, sama seperti BYD Dolphin.
Layari laman rasmi BYD Seal untuk maklumat lanjut.
Perak – Tesla Model 3 Performance
Kalau anda ada bajet ekstra, bolehlah anda pertimbangkan Tesla Model 3 Performance. Ia ada prestasi dan juga rupa.
Bermula dari topik prestasi, Tesla Model 3 varian Performance ada kelainan pada mekanikal dan perisian yang disuaikan untuk pemanduan laju kerana ia ada mode Race dan sistem brek lebih baik. Namun, kalau anda nak pandu secara berhemat, mode Comport juga ada yang buatkan sistem pengampai jadi lebih lembut disamping perubahan pada suap balik stereng.
Terlalu canggih pun tak guna juga. Ketiadaan tuil untuk isyarat membelok dan juga majoriti kawalan dalam kabin perlu melalui skrin sesentuh buatkannya kurang praktikal. Orang yang berhijrah daripada kenderaan petrol pasti akan rasa kekok. Lagi yang kurang menarik tentang Tesla adalah ketiadaan Android Auto dan Apple Car Play.
Tesla Model 3 Performance boleh didapatkan pada harga RM242,000.
Layari laman rasmi Tesla Model 3 untuk maklumat lanjut.
Emas – BMW i5 M60
BMW adalah syarikat automotif yang pelan penghijrahan petrol ke EV-nya antara yang kemas. Kemas pada segi pengenalan EV yang buatkan pengguna terkejut.
Contohnya, bila anda tengok BMW i5 dan BMW 5, anda sukar untuk bezakan yang ini adalah EV kecuali pada jeriji depannya. Jadi, generasi yang membesar dengan enjin ICE takkan terasa perubahan ketara bila berada dekat dengan i5 ini.
Sedan mewah i5 ini juga tampil dengan versi prestasi iaitu M60 xDrive. Ia dipacu dua motor dengan output sehingga 380kW (517PS) dan 795Nm tork untuk bawa sedan besar ini ke 100km/j dalam masa 3.9s sahaja.
Di bahagian kabin, kamasannya minimalis dan praktikal. Skrin besar dengan butang-burang penting masih disediakan jadikan kawalan fungsi kereta terasa biasa sedang banyak EV dan sumbat butang-butang tetapan ke dalam sistem inforia.
Untuk sebuah EV berharga hampir setengah juta, ia tawarkan kombinasi teknologi EV moden tapi ruangan kabin yang tradisional. Maka dengan sebab itu kami berikan lencana emas pada BMW i5 M60.
EV Terbaik 2024
Gangsa – BYD M6
Lencana gangsa EV Terbaik 2024 kami berikan pada BYD M6. Ini adalah EV paling praktikal dan harga patut untuk pasaran Malaysia setakat ini. Ia boleh angkut 7 penumpang, ada sistem keselamatan ADAS Tahap 2, dan manfaat EV seperti V2L.
BYD M6 ada uang kargo sehingga 580 liter apabila kerusi barisan ketiga dilipat ataupun 180 liter apabila semua kerusi digerakkan. MPV Elektrik ini ada jarak gerak sehingga 530km (NEDC) dan terima kuasa sehingga 115kW DC dan 7kW apabila mengisi bateri.
Harganya cuma RM125,000, lantas jadikannya MPV elektrik terbaik untuk keluarga.
Perak – Tesla Model 3 Performance
Tesla Model 3 Performance adalah Tesla paling berkuasa di Malaysia. Ia pecut ke 100km/j dalam masa 3.1 sahaja berbekalkan motor berkembar 460hp. Komponen-komponen prestasi lain yang ia ada adalah seperti pengampai adaptif, mode litar, dan jisim yang ringan.
Tak setakat prestasi tinggi, ia juga boleh gerak jauh dengan jarak gerak melebihi 500km untuk jadikannya sebuah EV yang versatil iaitu untuk kelajuan dan pemanduan jarak jauh.
Tanda harganya bawah RM250,000 dan dilihat alternatif praktikal untuk Aui RS e-tron GT, Porcshe Taycan, dan Mercedes-AMG EQ.
Dengan hujah itu, kami berikan lencana perak kepada Tesla Model 3 Performance.
Emas – Hyundai Ioniq 5 N
Hyundai Ioniq 5 N sapu semua banyak lencana dalam SoyaCincau Awards 2024.
EV ini dibina dengan mengambil kira pengalaman pengguna yang biasa memandu petrol. EV ini boleh simulasikan pengalaman enjin 2.0L turbo dengan mengubah suai suap balik motor dan keluarkan bunyi enjin sintetik melalui speakernya. Pada segi prestasi, ia memang “tak rilek”. Motor berkembarnya keluarkan 609hp dan 740nm untuk bawanya ke 100km/j dalam masa 3.7 saat.
Ini adalah hothatch paling gila tahun ini.
CPO Terbaik 2024
Gangsa – TNB Electron
Anugerah gangsa kami berikan kepada TNB Electron. Kami lihat TNB lebih fokuskan pada mewujudkan stesen mengecas EV di kawasan-kawasan kurang popular seperti bandar-bandar kecil hasil Kerjasama mereka dengan Aeon Mall dan petron. Walaupun TNB tak seperti CPO lain yang berlumba-lumba pasang pengecas berkuasa tinggi, namun pengecas mereka sangat dialu-alukan di kawasan tersebut.
TNB Electron juga CPO pertama yang umumkan kadar bayaran luar puncak di stesen-stesen terpilih seperti Tapah, Ayer Keroh, dan Paka. Ia adalah satu solusi menarik untuk pastikan stesen mereka digunakan pada setiap masa.
Perak – DC Handal
DC Handal adalah pelopor kepada stesen pengecas dengan kemudahan pembayaran menggunakan kad debit / kredit. Hal ini penting kerana lambakan operator pengecas yang tumbuh selepas hujan menyebabkan pengguna perlu pasang pelbagai jenis APP hanya untuk cas EV mereka. Sepatutnya, pengecasan EV adalah semudah mengisi petrol iaitu hanya dengan tap kad di terminal pembayaran dan itulah yang disampaikan DC Handal.
Antara pencapaian lain DC handal adalah membuka stesen pengecas dengan 12 nozel di Johor Premium Outlets (JPO), pasang pengecas di Gua Musang iaitu satu-satunya pengecas DC di daerah itu, dan akhir sekali hab pengecas dengan 28 slot di Medini Mall Johor.
Emas – Gentari
Gentari, anak syarikat Petronas, sangat giat perluaskan rangkaian servis pengecas mereka. Antara yang ditawarkan adalah keahlian melalui pas Gentari Go Power berikan kadar caj 50% lebih rendah daripada biasa. Mereka juga perkenalkan fungsi AutoCharge untuk lebih kemudahan mengecas iaitu hanya perlu cucuk pengecas dan mula isi bateri.
Aplikasi Gentari juga kuatkuasakan had mengecas bateri di paras 80% di pengecas jenis BESS mereka untuk pastikan lebih ramai boleh mengakses kemudahan tersebut. Akhir sekali, mereka kini aktif mengguna semula stesen NGV untuk ditukar kepada stesen EV.
Sumbangan aktif Gentari dalam penyediaan landskap EV yang kondusif menyebabkan kami berikan mereka lencana emas.
Kesimpulan
Itulah dia SoyaCincau Awards 2024 untuk kategori EV. Memang menarik landskap EV Malaysia tahun ini. Makin banyak model EV masuk dalam pelbagai saiz dan harga dan makin banyak stesen pengecas dipasang. Tak sabar untuk lihat apa yang menanti untuk pengguna Malaysia untuk tahun 2025.