• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecualian cukai jalan kereta elektrik tidak akan dilanjutkan selepas 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:28 pm
  • 26/02/2025
  • Komen
Pengecualian cukai jalan kereta elektrik tidak akan dilanjutkan selepas 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk melanjutkan pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) selepas 31 Disember 2025. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Ahli Pahlimen Tebrau, Jimmy Puah pada Selasa, 25 Februari.

Pengecualian cukai ini adalah untuk meningkatkan penggunaan EV di Malaysia dan pertama kali diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2022 pada Oktober 2021. Ia kemudiannya dilaksanakan pada 1 Januari 2022.



Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mendedahkan struktur cukai jalan baru untuk EV pada bulan Jun tahun lalu. Kadar cukai jalan baru untuk EV adalah jauh lebih rendah berbanding kadar lama yang diperkenalkan pada tahun 2009.

Kadar cukai jalan EV mulai tahun 2026

Proton e.MAS 7 Premium

Jadi, sejauh mana kadar cukai jalan EV akan lebih rendah? Untuk itu, mari kita kira menggunakan output kuasa yang dimiliki Proton e.MAS 7 Premium, iaitu 160kW (215HP).



Di bawah kadar cukai jalan EV yang lama, pemilik e.MAS 7 Premium perlu membayar cukai jalan RM1,294 setahun. Manakala, dengan struktur baru, cukai jalan untuk e.MAS 7 Premium adalah jauh lebih rendah, RM180 setahun.

Mercedes-Maybach EQS 680

Untuk contoh lain, EV mewah Mercedes-Maybach EQS 680 yang baru dilancarkan dengan output kuasa 484kW memerlukan cukai jalan RM1,840 setahun. Angka tersebut mungkin nampak tinggi, tetapi sebenarnya ia jauh lebih rendah berbanding kadar cukai jalan EV lama yang akan berharga RM10,042 setahun. Anda boleh gunakan kalkulator ini untuk kira cukai jalan EV di Malaysia.

Walaupun rancangan untuk tidak lanjutkan pengecualian cukai jalan EV ini baru sahaja didedahkan minggu ini, pemain industri telah lama meminta supaya inisiatif tersebut dilanjutkan. Pada bulan Oktober tahun lalu, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah memohon kepada kerajaan untuk melanjutkan inisiatif ini dan juga memberikan pengecualian cukai jalan kepada kenderaan hibrid.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: cukai jalancukai jalan EVEVkenderaan elektrik
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pengecualian cukai jalan kereta elektrik tidak akan dilanjutkan selepas 2025

Pengecualian cukai jalan kereta elektrik tidak akan dilanjutkan selepas 2025

26 February 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN