• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pantau aktiviti larian lebih tepat dengan Honor Band 4 dan Band 4 Running

  • OLEH Najib
  • 4:06 pm
  • 08/01/2019
  • Komen
Pantau aktiviti larian lebih tepat dengan Honor Band 4 dan Band 4 Running
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran telefon pintar Honor 10 Lite sebentar tadi tidak berseorangan. Sebaliknya dua lagi peranti turut diumumkan dalam majlis yang sama. Ia adalah peranti kecergasan boleh pakai, Honor Band 4 dan Honor Band 4 Running.

Kedua-dua peranti kecergasan boleh pakai ini akan mula dijual di Malaysia pada 9 Januari 2019. Ia hanya boleh dibeli di laman HiHonor Malaysia.



Honor Band 4 dijual pada harga RM149 dan terdapat dalam warna Hitam sahaja. Manakala Honor Band 4 Running pula berharga RM79 dan boleh dipilih antara warna Hijau atau Merah.

Honor Band 4

Honor Band 4 adalah gelang kecergasan untuk mereka yang aktif. Ia boleh mengesan pergerakan kecergasan seperti berenang, berlari, berbasikal dan banyak lagi.



Gelang ini memiliki skrin sentuh AMOLED berwarna seluas 0.95-inci, sensor pengesan denyutan nadi berterusan TruSeen 3.0 dan pemantau waktu tidur TruSleep. Ia juga kalis air sehingga 5 ATM, bermakna boleh masuk ke dalam air sehingga 50 meter dalam.

Hayat bateri Honor Band 4 agak panjang. Ia boleh bertahan hingga 17 hari untuk penggunaan biasa, atau sehingga 6 hari jika pemantau waktu tidur dihidupkan.

Dengan sambungan Bluetooth ke telefon, Honor Band 4 boleh dijadikan alat kawalan jauh untuk mengambil gambar. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mencari telefon pintar menggunakan Band 4, jika pengguna terlupa di mana telefon itu diletakkan.

Honor Band 4 Running

Honor Band 4 Running pula adalah produk yang berbeza dari Honor Band 4 tadi. Seperti namanya, ia memberi fokus kepada aspek larian. Band 4 Running memiliki sensor 6-paksi untuk mengesan cara pengguna berlari dengan lebih tepat.

Untuk itu, Band 4 Running bukan sahaja boleh dipakai di pergelangan tangan, malah pengguna digalakkan memakainya di kasut. Band 4 Running akan datang dengan gelang tangan, serta pengikat di tali kasut. Jadi ia akan mengesan dan memantau pergerakan kaki pengguna dalam 6 arah untuk memberi laporan larian yang lebih jitu.

Skrin Band 4 Running seluas 0.5-inci dari jenis OLED, tetapi tidak berwarna. Kerana itu, baterinya boleh bertahan sehingga 21-hari. Ia boleh hidup sehingga 40-jam jika digunakan berterusan dalam mod larian di kaki.

Band 4 Running juga kalis air 5 ATM, boleh digunakan sewaktu berenang dan masuk air sedalam 50 meter.

Tags: honorHonor Band 4Honor Band 4 Running
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Pantau aktiviti larian lebih tepat dengan Honor Band 4 dan Band 4 Running

Pantau aktiviti larian lebih tepat dengan Honor Band 4 dan Band 4 Running

8 January 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER