• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A56, A36 dan A26 dilancar di Malaysia, diskaun RM200 untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:00 am
  • 13/03/2025
  • Komen
Galaxy A56, A36 dan A26 dilancar di Malaysia, diskaun RM200 untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diumumkan di peringkat antarabangsa pada awal Mac, kini tiga peranti siri Samsung Galaxy A baru, Galaxy A56, A36 dan A26 akhirnya telah rasmi dilancarkan di Malaysia. Ia membawakan beberapa peningkatan termasuk sistem kamera lebih baik, pengecasan lebih pantas, cip lebih baru dan menerima kemas kini OS lebih panjang sebanyak 6 kali.

Malah, siri Galaxy A 2025 ini juga tampil dengan ciri AI terkini yang dikenali sebagai Awesome Intelligence.



Harga dan promosi siri Galaxy A 2025 di Malaysia

Siri Galaxy A 2025 tersedia untuk didapatkan di Malaysia sekarang. Sebagai sebahagian daripada promosi pelancarannya, dari 18 Mac hingga 31 Mac, Samsung juga menawarkan baucar bernilai RM100, naik taraf storan 2 kali ganda bernilai RM200, lanjutan waranti 1 tahun bernilai RM129 dan penjimatan sehingga 30% untuk pembelian dengan peranti Galaxy atau aksesori Samsung lain.

Terdapat dua varian yang ditawarkan bagi setiap model dalam siri A terbaru ini dan berikut adalah harga jualan siri Galaxy A 2025 di Malaysia selepas rebat:



  • Galaxy A56 5G (RAM 8GB dan storan 128GB) – RM1,999 RM1,799
  • Galaxy A56 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM2,199 RM1,999
  • Galaxy A36 5G (RAM 6GB dan storan 128GB) – RM 1,499 RM1,299
  • Galaxy A36 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,699 RM1,499
  • Galaxy A26 5G (RAM 6GB dan storan 128GB) – RM1,199 RM999
  • Galaxy A36 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,399 RM1,199

Jika berminat, anda boleh dapatkan ketiga-tiga model dalam siri A ini menerusi stor online Samsung.

Spesifikasi Galaxy A56, Galaxy A36 dan Galaxy A26

Galaxy A26

Merentasi model, ketiga-tiganya dilengkapi dengan panel paparan serupa iaitu Super AMOLED 6.7″ dengan resolusi FHD+ dan menyokong kadar penyegaran 120Hz. Dua model teratas, Galaxy A56 dan Galaxy A36 menampilkan kamera hadapan yang ditempatkan dalam lubang di skrin, manakala Galaxy A26 menggunakan takuk.

Galaxy A56

Untuk ketahanan lebih baik, ketiga-tiga model juga mendapat kaca Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian skrin dan panel belakang. Ia juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP67. Perbezaan terbesar antara tiga peranti adalah pada segi cip yang digunakan.

Galaxy A56

Galaxy A56 dikuasakan cip Exynos 1580, manakala Galaxy A36 5G menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3. Model kelas permulaan pula diperkasa cip sedikit tua, iaitu Exynos 1380. Ketiga-tiga model juga menampilkan fungsi AI yang dikenali sebagai Awesome Intelligence.

Antara ciri baru yang ada pada Awesome Intelligence termasuk Circle to Search, Object Eraser dan Filter. Namun, hanya model tertinggi Galaxy A56 menerima ciri AI seperti Best Face dan Nightography.

Galaxy A56
Galaxy A26

Di bahagian pengimejan, ketiga-tiga peranti ini dilengkapi tiga kamera di belakang, dengan salah satunya adalah kamera utama 50MP. Galaxy A56 juga memiliki kamera ultralebar 12MP dan kamera makro 5MP, manakala Galaxy A36 menampilkan tetapan kamera sama tetapi dengan kamera ultralebar 8MP.

Sementara itu, Galaxy A26 menerima kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Untuk selfie, Galaxy A56 dan A36 didatangkan dengan kamera depan 12MP dan Galaxy A26 pula terima kamera 13MP.

Galaxy A36

Membekalkan tenaga pada ketiga-tiga peranti adalah bateri berkapasiti 5,000mAh, tetapi dengan sokongan pengecasan berbeza. Galaxy A56 dan Galaxy A36 menyokong pengecasan 45W dan Galaxy A26 pula ada pengecasan lebih perlahan pada 25W.

Buat pertama kalinya untuk siri Galaxy A, Samsung menjanjikan kemas kini OS 6 kali dan kemas kini keselamatan 6 tahun. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding siri Galaxy A tahun lepas, yang hanya diberikan kemas kini OS 4 kalI dan 5 tahun keselamatan. Sejurus keluar kotak, siri Galaxy A terbaru akan menjalankan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android 15.

Pilihan warna yang tersedia untuk Galaxy A56 adalah kelabu, hitam, hijau dan pink, manakala Galaxy A36 boleh didapatkan dalam warna ungu, hitam, putih dan hijau. Galaxy A26 pula didatangkan dalam warna hitam, putih, hijau dan pink.

Tags: galaxy a26galaxy a36galaxy a56samsungsamsung galaxysamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Galaxy A56, A36 dan A26 dilancar di Malaysia, diskaun RM200 untuk masa terhad

Galaxy A56, A36 dan A26 dilancar di Malaysia, diskaun RM200 untuk masa terhad

13 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER