• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Foodpanda Pro boleh nikmati diskaun 70% e-hailing Bolt melalui kerjasama baru

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:38 pm
  • 28/03/2025
  • Komen
Pengguna Foodpanda Pro boleh nikmati diskaun 70% e-hailing Bolt melalui kerjasama baru
Share on FacebookShare on Twitter

Foodpanda telah mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan e-hailing, Bolt untuk menawarkan diskaun eksklusif bagi pengguna pandapro. Tawaran ini bermula 17 Mac 2025 dan menyediakan penjimatan tambahan terhadap perkhidmatan e-haling Bolt dan diskaun pembelian makanan pada aplikasi Foodpanda.

Melalui kerjasama baru ini, pengguna pandapro yang baru menggunakan Bolt boleh menikmati diskaun 70% untuk tempahan kereta yang pertama, manakala pengguna Bolt sedia ada akan menerima diskaun 40% untuk dua kali tempahan kereta. Bagi mereka yang tidak tahu, pandapro boleh dilanggan pada harga RM4.90 sebulan.



Selain daripada diskaun untuk e-hailing Bolt, langganan pandapro juga menawarkan manfaat seperti:

  • Penghantaran makanan percuma untuk makanan dan barangan runcit, dihadkan pada RM4
  • Diskaun RM6.50 menggunakan kod SYOKPRO di restoran terpilih.
  • Diskaun 25% atau lebih melalui tawaran pandapro di restoran terpilih.
  • Diskaun 25% untuk tawaran pandapro pick-up menggunakan kod PICKUP.
  • Baucar barangan runcit bulanan (15% diskaun dengan pembelian minimum RM65, terhad kepada RM10).

Dalam masa sama, Foodpanda juga menyatakan bahawa langganan pandapro turut didatangkan dengan ganjaran kejutan daripada rakan niaga terpilih, di samping diskaun perkhidmatan Bolt.



Tan Ming Luk, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia berkata, “kami komited untuk mempertingkatkan tawaran pandapro, bukan sahaja dengan faedah penghantaran makanan dan barangan runcit, tetapi juga dengan manfaat gaya hidup yang merangkumi diskaun e-hailing. Kerjasama ini adalah bukti usaha kami untuk memberikan lebih banyak penjimatan dan kemudahan kepada pelanggan kami.”

Sementara itu, Afzan Lutfi, Pengurus Besar Bolt Malaysia pula menyatakan, “Kerjasama ini adalah langkah besar bagi kami dalam mengembangkan lagi kehadiran kami di Malaysia. Dengan memperkenalkan manfaat e-hailing kepada ekosistem pandapro, kami menjadikan perjalanan harian lebih mudah dan berpatutan, serta mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman Bolt.

Bolt adalah syarikat e-hailing terbaru yang memasuki pasaran Malaysia pada bulan November tahun lepas. Ia ditubuhkan dalam tahun 2013 dan berasal dari Estonia. Ia juga beroperasi di 45 buah negara termasuk negara di Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam.

Tags: boltFoodPandalangganan pandapropandapro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pengguna Foodpanda Pro boleh nikmati diskaun 70% e-hailing Bolt melalui kerjasama baru

Pengguna Foodpanda Pro boleh nikmati diskaun 70% e-hailing Bolt melalui kerjasama baru

28 March 2025
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN