Eksositosis dalam biologi merujuk pada proses pengangkutan aktif untuk bawa molekul keluar daripada sel utama. Perkara yang hampir serupa berlaku pada keluarga Redmi apabila akan diumumkan sebagai subjenama Xioami tak lama lagi bersama-sama produk pertama mereka.
Redmi 7 dan Redmi Note 7 bakal jadi dua telefon pertama yang idilancarkan dibawah subjenama Redmi tak lama lagi. Sungguhpun bergerak sendiri, pengasas Xiaomi, Lei Jun, masih menjanjikan produk yang berkualiti pada harga mampu milik sebagai falsafah utama Redmi.
Redmi 7 yang akan dilancarkan tak lama lagi dijangkakan hadir dengan spesifikasi seperti:
- Snapdragon 660
- Bateri 3,900 mAh
- Kamera belakang 48MP
[Sumber: GSMArena]