• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Undang-undang mata wang digital dikuatkuasakan hari ini

  • OLEH Najib
  • 10:55 am
  • 15/01/2019
  • Komen
Undang-undang mata wang digital dikuatkuasakan hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai hari ini, 15 Januari 2019, semua mata wang dan token digital (dikenali sebagai aset digital) akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ia berikutan penguatkuasaan Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menurut beliau, penawaran instrumen-instrumen berkenaan, berserta aktiviti yang berkaitan dengannya, akan memerlukan kebenaran dari SC dan perlu mematuhi undang-undang sekuriti serta peraturan-peraturan yang berkenaan.



Aset digital sebegini boleh menjadi satu kaedah untuk mendapatkan dana, oleh usahawan adn perniagaan baharu, selain menjadi satu lagi aset alternatif buat pelabur. Ia juga berpotensi memperkenalkan inovasi dalam industri lama dan baharu, tambah beliau.

“SC akan menetapkan syarat-syarat yang berkenaan untuk menjalankan tawaran syiling permulaan (ICO) dan perdagangan aset digital serta pasaran aset digital di Malaysia. Rangka kerja terbabit dijangka akan dilancarkan sebelum penghujung suku pertama 2019. Mana-mana orang yang menjalani aktiviti ICO atau mengendalikan pasaran aset digital di Malaysia tanpa kelulusan SC boleh dihukum, apabila disabit, dengan penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM10 juta,” katanya.



Dengan undang-undang ini, orang ramai tidak boleh sesuka hati memperkenalkan mata wang digital, atau token digital sebelum mendaftarnya dengan SC. Walaupun diperketatkan denan undang-undang, ia juga menunjukkan kerajaan Malaysia akan mengiktiraf penggunaan mata wang digital yang telah berdaftar. Ia juga dapat melindungi orang ramai dari penipuan atau salah guna.

[Sumber: Berita Harian, Gambar: Pexels]

Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Undang-undang mata wang digital dikuatkuasakan hari ini

Undang-undang mata wang digital dikuatkuasakan hari ini

15 January 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN