• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Dengan Notch Terapung nova 4 Dilancarkan Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:47 pm
  • 16/01/2019
  • Komen
Telefon Dengan Notch Terapung nova 4 Dilancarkan Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan di China penghujung tahun 2018, ini adalah kali pertama nova 4 keluar daripada tempat ia dilahirkan dan destinasinya adalah Malaysia. Ia menunjukkan betapa pentingya negara kita untuk pengeluar telefon ini.

Tapi sayangnya, yamg dibawa ke Malaysia bukanlah versi kamera 48MP. Jadi hasrat kami untuk melagakan telefon ini dengan Honor View 20 terbantut sama sekali. Tapi selain kamera, lain-lain spesifikasi adalah hampir sama.



Ia tetap hadir dengan konfigurasi trikamera belakang. Kamera utamanya dikuasakan sensor 20MP dan ia dibantu kamera sekunder 16MP sebagai kamera bersudut pandang luas. Manakala kamera ketiga digunakan untuk mengukur kedalaman medan.

Bagi memenuhi keperluan swafoto yang cantik, Huawei membekalkan kamera 25MP di bahagian hadapan dengan fungsi AI beautification.



Bahagian paparan telefon ini telah jadi buah mulut orang ramai. Ia adalah antara yang terawal memperagakan panel paparan dengan notch terapung yang tidak tertambat pada bingkai yang dinamakan Punch FullView.

Dengannya anda beroleh paparan berbingkai supernipis sebesar 6.4″ dengan resolusi penuh yang meliputi 91.8% mukanya.

Pada papan utama, ia boleh diletakkan sebaris dengan P20 Pro. Ini kerana ia dibekalkan kuasa CPU Kirin 970, RAM sebanyak 8GB, dan storan seluas 128GB.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri sebesar 3,750mAh, sama besarnya dengan Honor 8X. Ia dicas pantas menggunakan pegecas 18W yang dibekalkan.

HUAWEI Nova 4 akan dijual bermula 14 Februari 2019 pada harga RM1,899. Ia boleh dibeli di HUAWEI Experience Stores, pengedar sah seluruh negara serta melalui telco utama.

Spesifikasi HUAWEI Nova 4

Attention: The internal data of table “144” is corrupted!
Tags: Huaweihuawei nova 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Telefon Dengan Notch Terapung nova 4 Dilancarkan Di Malaysia

Telefon Dengan Notch Terapung nova 4 Dilancarkan Di Malaysia

16 January 2019
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN