• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 10S Pro dilancar, pertama di Malaysia guna Snapdragon 8 Elite Leading Version

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:10 pm
  • 20/06/2025
  • Komen
RedMagic 10S Pro dilancar, pertama di Malaysia guna Snapdragon 8 Elite Leading Version
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan di pasaran China hujung Mei lalu, kini RedMagic telah mengumumkan ketibaan telefon gaming terbaharu mereka, RedMagic 10S Pro ke pasaran Malaysia. Menurut RedMagic, ini adalah telefon Snapdragon 8 Elite Leading Version pertama di Malaysia.

Namun, tidak seperti di China, RedMagic tidak membawa masuk model RedMagic 10S Pro+ yang hadir dengan kapasiti lagi besar.



Harga dan promosi RedMagic 10S Pro di Malaysia

RedMagic 10S Pro ditawarkan dalam tiga varian di Malaysia dan berikut adalah harga jualan serta promosi pembelian awal di Malaysia:

  • RedMagic 10S Pro Nightfall (12GB + 256GB) – RM3,999 (Promosi pembelian awal: RM3,199)
  • RedMagic 10S Pro Moonlight/Dusk (16GB + 512GB) – RM4,899 (Promosi pembelian awa: RM3,999)
  • RedMagic 10S Pro Moonlight/Dusk (24GB + 1TB) – RM5,999 (Promosi pembelian awa: RM4,999)

Harga promosi tersebut boleh didapatkan menerusi baucar yang akan tersedia pada 24 Jun jam 8 malam. Pembeli juga akan menerima kipas penyejuk RedMagic Cooler 6 Air bernilai RM199, sementara stok masih ada.



Kalau berminat, anda boleh membeli RedMagic 10S Pro menerusi stor rasmi mereka di Lazada dan Shopee .

Spesifikasi RedMagic 10S Pro

Bermula di bahagian depan, kedua-dua RedMagic 10S Pro dan 10S Pro+ menggunakan panel paparan yang sama. Ia adalah panel LTPO OLED bersaiz 6.85″ dengan resolusi 1.5K, serta menyokong kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Skrinnya turut memiliki kadar pensampelan sentuh 2500Hz.

Atas papan utama, telefon ini dijana cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Leading Version dengan kelajuan clockspeed lebih tinggi sehingga 4.47GHz. Ia turut dipadankan dengan cip gaming RedCore R3 Pro bersama RAM LPDDR5T dan storan UFS 4.1.

Untuk sistem penyejukan, RedMagic 10S Pro hadir dengan teknologi ICE-X Cooling yang terdiri daripada 10 lapisan termasuk sebatian penyejuk berasaskan logam, kepingan VC bersaiz 12,000mm², serta kipas terbina dengan kelajuan sehingga 23,000RPM. Kipas itu juga lengkap dengan lampu RGB dengan 12 pencahayaan dan beberapa mod seperti Always-on, Breathing, dan Flashing.

Seperti biasa pada telefon gaming RedMagic, RedMagic 10S Pro ini turut hadir dengan butang bahu yang boleh disesuaikan. Sistem audio telefon menggunakan speaker stereo dan panel belakangnya masih rata tanpa ada bonjolan kamera.

Untuk menangkap gambar, telefon gaming ini mendapat tetapan tiga kamera belakang, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultralebar 50MP dan kamera depth 2MP. Lubang di dahi skrin pula menempatkan kamera depan 16MP.

Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 7,050mAh yang menyokong pengecasan 80W melalui USB-C. Mengecas penuh akan mengambil masa sekitar 40 minit. RedMagic juga mengatakan bateri yang digunakan ada kepadatan tenaga 25% lagi tinggi berbanding model sebelumnya, membolehkan kapasiti bateri diperbesar sambil mengekalkan rekaan nipis.

Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan Android 15 yang diselaputi dengan RedMagic OS 10.5. Turut disertakan adalah Google Gemini dan beberapa fungsi AI seperti terjemahan secara langsung dan Circle to Search.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk RedMagic 10S Pro.

Tags: NubiaRedMagicRedMagic 10S ProRedMagic Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
RedMagic 10S Pro dilancar, pertama di Malaysia guna Snapdragon 8 Elite Leading Version

RedMagic 10S Pro dilancar, pertama di Malaysia guna Snapdragon 8 Elite Leading Version

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER