• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad 10 5G kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 7 Gen 3, harga RM1,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:47 pm
  • 16/07/2025
  • Komen
Honor Pad 10 5G kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 7 Gen 3, harga RM1,799
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama pengumuman Honor Magic V5, Honor Malaysia turut melancarkan varian 5G untuk tablet Pad 10, kira-kira lebih sebulan selepas versi WiFi-nya diperkenal pada hujung Mei. Ia mengekalkan rekaan dan spesifikasi sama seperti model WiFi, tetapi didatangkan dengan sokongan 5G serta tanda harga yang sedikit lebih mahal.

Harga dan ketersediaan Honor Pad 10 5G di Malaysia

Meskipun sudah diumum, tablet Honor Pad 10 5G ini akan boleh didapati peminat di Malaysia bermula 10 Ogos 2025. Terdapat satu konfigurasi tersedia dengan RAM 8GB dan storan 256GB, pada harga RM1,799.



Sebagai perbandingan, ianya RM300 lebih mahal berbanding model WiFi-nya yang dijual pada harga RM1,499. Namun, tidak seperti model WiFi yang ada dua pilihan warna, Pad 10 5G hanya ditawarkan dalam satu warna, iaitu kelabu.

Dengan pembelian Pad 10 5G, Honor Malaysia turut menawarkan hadiah bernilai RM1,097 kepada pembeli, termasuk papan kekunci wayarles, stailus Honor Choice Pencil dan fon kepala Honor Choice.



Berminat untuk dapatkannya? Anda boleh singgah ke stor online Honor, atau stor rasmi Honor di Lazada dan Shopee sebaik sahaja ia tersedia pada 10 Ogos nanti.

Spesifikasi Honor Pad 10 5G

Bermula dengan skrin, Honor Pad 10 5G menggunakan panel IPS LCD berukuran 12.1″ dengan resolusi 2.5k (2560×1600). Dengan dilengkapi teknologi Honor Eye Comfort Display, skrin tablet ini turut menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 500 nits dan cakupan warna DCI-P3 96%.

Kuasa tablet ini digerakkan oleh Snapdragon 7 Gen 3, cip sama terdapat di model WiFi. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, dan menyokong RAM Turbo membenarkan kapasiti RAM diperluas lagi 8GB secara maya.

Untuk tangkap gambar, Pad 10 5G mempunyai dua kamera 8MP di hadapan dan belakang. Menyalurkan tenaga pada tablet adlaah bateri berkapasiti 10,100mAh dipasang di dalam, lebih besar daripada Pad 9 yang menggunakan bateri 8,300mAh. Namun, pengecasan yang disokong masih kekal sama pada paras 35W melalui USB-C.

Tablet ini juga serasi digunakan dengan papan kekunci dan pan stailus, dan menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.3. Sejurus keluar kotak, Honor Pad 10 akan menjalankan sistem operasi Magic OS 9.0 berasaskan Android 15 yang turut hadir dengan fungsi AI seperti AI Notes, AI Docs, HONOR Connect, Magic Ring dan Magic Portal. 

Meskipun berbateri besar, badan tablet nipis 6.29mm dengan berat sekitar 525g, yang Honor katakan 7% lebih nipis dan 29% lagi ringan berbanding Pad 9. Untuk audio, tablet ini dibekalkan enam speaker dengan sokongan Honor Spatial Audio. sedikit turut taraf berbanding Pad 9 yang ada lapan speaker.

Sebarang maklumat lanjut tentang spesifiksi boleh anda dapatkan di laman produk Honor Pad 10 5G.

Tags: honorhonor malaysiaHonor pad 10Honor Pad 10 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Pad 10 5G kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 7 Gen 3, harga RM1,799

Honor Pad 10 5G kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 7 Gen 3, harga RM1,799

16 July 2025
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN