Xiaomi Malaysia hari ini memperkenalkan rangkaian produk pintar rumah terbaharu sempena pameran Xiaomi Smart Living Showcase 2025 yang berlangsung di Setia City Mall. Antara yang diperkenalkan termasuk siri TV Xiaomi A 2026, vakum robot H40 dan S40, monitor 4K A27Ui, kamera pintar Xiaomi Smart Camera C100, serta pembesar suara Bluetooth Xiaomi Sound Party.
Menariknya, selain pelancaran produk baharu ini, Xiaomi juga menawarkan pelbagai promosi dan diskaun terhad untuk para pengunjung.
Harga dan ketersediaan
Untuk mereka yang berminat, Xiaomi TV siri A 2026, vakum robot S40 dan H40, serta monitor 4K A27Ui boleh didapatkan di Malaysia sekarang. Sempena pelancarannya, Xiaomi turut menawarkan promosi jualan awal dengan diskaun sehingga RM900, namun tidak menyatakan sampai bila promosi ini akan berjalan.
Untuk lebih jelas, berikut ialah harga jualan rasmi dan harga promosi di Malaysia:

Siri Xiaomi TV A
- Xiaomi TV A 43″ 2026 –
RM1,299RM1,099 - Xiaomi TV A 55″ 2026 –
RM1,999RM1,599 - Xiaomi TV A 65″ 2026 –
RM2,799RM2,299

Siri Xiaomi TV A Pro
- Xiaomi TV A Pro 43″ 2026
RM1,499RM1,199 - Xiaomi TV A Pro 55″ 2026
RM2,399RM1,799 - Xiaomi TV A Pro 65″ 2026
RM2,999RM2,499 - Xiaomi TV A Pro 75″ 2026
RM4,399RM3,499



Monitor, vakum robot dan kamera CCTV
- Xiaomi 4K Monitor A27Ui –
RM1,399RM1,099 - Xiaomi Robot Vacuum H40 –
RM1,799RM1,099 - Xiaomi Robot Vacuum H40 –
RM1,099RM769 - Xiaomi Smart Camera C100 –
RM129RM99 - Xiaomi Outdoor Camera CW100 Dual –
RM199RM169

Untuk speaker Bluetooth Xiaomi Sound Party, ia akan dijual pada harga RM349. Namun begitu, ia masih belum tersedia, dan dikatakan akan tiba ke pasaran kita tidak lama lagi.
Spesifikasi Xiaomi TV siri A 2026

Seperti model tahun lepas, siri Xiaomi TV A 2026 hadir dalam dua varian, Xiaomi TV A 2026 dan Xiaomi TV A Pro 2026. Untuk model TV A 2026, ia ditawarkan dalam tiga pilihan saiz iaitu 43”, 55” dan 65”, dilengkapi resolusi 4K UHD dengan sokongan HDR10 dan HLG (Hybrid Log-Gamma) bagi meningkatkan kontras serta perincian imej. Sistem audionya menampilkan dua pembesar suara 10W dengan sokongan Dolby Audio dan DTS:X.

Bagi model Xiaomi TV A Pro 2026, perbezaan utamanya terletak pada pilihan saiz dan teknologi panel. Ia hadir dalam empat pilihan saiz 43”, 55”, 65” dan tambahan pilihan lebih besar 75”. Panel paparannya menggunakan teknologi 4K QLED dengan liputan warna lebih luas iaitu 94% DCI-P3.
Kelebihannya lagi, model Pro ini juga dilengkapi Game Mode yang menyokong 120Hz Game Boost serta latensi rendah untuk pengalaman gaming yang lebih lancar. Sementara model Pro turut menggunakan dua speaker 10W, ia disertakan dengan tambahan sokongan DTS Virtual:X untuk pengalaman audio 3D.

Kesemua model TV dalam siri ini menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz apabila disambungkan melalui HDMI dalam mod tertentu, lengkap dengan teknologi MEMC dan Filmmaker Mode untuk visual yang lebih lancar dan tepat. Selain itu, semua model menggunakan sistem operasi Google TV™ dengan integrasi Xiaomi Home App untuk kawalan ekosistem pintar di rumah.
Spesifikasi monitor 4K Xiaomi A27Ui

Xiaomi 4K Monitor A27Ui adalah sebuah monitor IPS 27″ dengan resolusi 4K UHD, kadar segar semula 60Hz, sokongan HDR10. Dengan menggunakan nisbah 16:9, skrinnya turut menawarkan sudut pandangan sehingga 178 darjah, memaparkan 1.07 bilion warna dengan kedalaman 10-bit serta cakupan warna 100% sRGB dan 95% DCI-P3.

Monitor ini turut disertakan pensijilan TÜV Low Blue Light dan teknologi DC dimming. Dari segi sambungan, ia dilengkapi dua port USB 2.0, dua port HDMI, satu port DP, satu port audio, serta satu port USB-C yang menyokong pengecasan terbalik sehingga 90W.
Di dalam kotak, Xiaomi 4K Monitor A27Ui disertakan dengan kaki pendirian yang boleh dilaras sepenuhnya, kabel HDMI, serta kabel USB-C.
Pakej Xiaomi Smart Home Super Combo

Selain memperkenalkan produk baharu, Xiaomi juga menawarkan harga promosi terhad sepanjang acara berlansgung, termasuk fon putik, jam pintar dan skuter elektrik dengan potongan harga ketara. Tawaran paling menarik ialah pakej Smart Home Super Combo bernilai RM13,959 yang kini dijual pada harga hanya RM7,999.
Pakej ini membolehkan anda mendapatkan kesemua peralatan ini pada harga hanya RM7,999, iaitu penjimatan sehingga 41%:
- Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0HP Inverter (bernilai RM1,899)
- Mijia Refrigerator Cross Door 510L (bernilai RM2,899)
- Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg (bernilai RM2,299)
- Xiaomi TV A Pro 65” 2026 (bernilai RM2,999)
- Xiaomi Robot Vacuum X20 Max (bernilai RM3,499)
Tawaran pakej Smart Home Super Combo hanya boleh didapati di Xiaomi Smart Living Showcase 2025 di Setia City Mall selama 3 hari, dari 13 hingga 17 Ogos 2025. Namun, ia terhad kepada hanya 15 set sahaja (3 set setiap hari).
Dalam masa sama, pengunjung yang berbelanja RM1,000 ke atas dalam satu resit di sana turut berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,599 menerusi peraduan ‘Spend & Win’. Sekiranya berminat, pastikan anda tidak terlepas untuk