• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:25 pm
  • 21/08/2025
  • Komen
Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima Bantuan Tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 pada Hari Merdeka yang akan datang, 31 Ogos 2025. Untuk semak kelayakan, anda boleh terus buat semakan secara dalam talian melalui laman rasmi SARA. Tanpa perlu permohonan atau aplikasi.

Ini adalah bantuan tunai sekali beri sebanyak RM100 khusus untuk pembelian barangan asas, dan ia boleh ditebus menggunakan MyKad fizikal.



Cara semak kelayakan Bantuan SARA RM100

Untuk semak status dan kelayakan SARA anda, berikut langkah-langkahnya:

  1. Layari laman rasmi SARA di sara.gov.my
  2. Klik/tekan butang “Semak Kelayakan”
  3. Masukkan nombor IC dan hantar
  4. Jika paparan program “Penghargaan SARA” menunjukkan “Layak”, anda layak menerima bantuan ini.

Kalau baki tertera RM0.00, jangan risau. Jumlah RM100 hanya akan dikreditkan bermula 31 Ogos 2025. Tempoh penggunaan adalah sehingga 31 Disember 2025.



Jika anda turut layak untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), status dan baki juga akan dipaparkan di sini. Dari halaman yang sama, anda juga boleh klik pada “Senarai Kedai” untuk lihat rangkaian pasar raya yang mengambil bahagian bagi penebusan.

Menurut laman FAQ SARA, bantuan sekali beri RM100 SARA ini diberikan kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2025 dengan MyKad. Selain portal, pegguna juga boleh menyemak pelaksanaan SARA dengan menghubungi MyKasih di talian 03-7720 1800 dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Di mana Bantuan SARA RM100 boleh ditebus?

Bantuan Tunai RM100 SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan daripada 14 kategori yang ditetapkan di lebih 7,300 kedai yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia. Lebih 90,000 jenis barangan termasuk dalam program SARA ini.

Untuk membuat pembayaran, pergi ke kaunter khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan serahkan MyKad anda untuk pengesahan. Selepas semua barangan diimbas, anda perlu menggunakan MyKad untuk membuat bayaran dan masukkan PIN 6 digit.

Jika ini kali pertama anda menggunakannya, PIN asal adalah 6 digit pertama nombor IC anda (contoh: 801231-XX-XXXX). Jika anda sudah menukar PIN sebelum ini, gunakan nombor terkini.

Perlu diingat, anda tidak wajib habiskan RM100 sekaligus kerana baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya. Anda ada masa sehingga 31 Disember 2025 untuk menggunakan sepenuhnya bantuan tunai RM100 SARA ini.

Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton video di bawah:

Seperti biasa, hati-hati dengan scammer yang cuba ambil kesempatan dengan bantuan tunai RM100 ini. Ingat, tiada pendaftaran tambahan, tiada aplikasi dan tiada pengaktifan diperlukan. Anda hanya perlu bawa MyKad untuk berbelanja barang keperluan di pasar raya yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel kami sebelum ini mengenai SARA dan lawati laman rasmi SARA.

Tags: MyKadPenghargaan SARASARA
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN