• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AEON

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

  • OLEH Penaja
  • 10:30 am
  • 12/09/2025
  • Komen
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh AEON Bank]

AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islam pertama di Malaysia, meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan cara yang unik tahun ini, dengan menganjurkan Pertandingan Seni Digital AI 2025 buat julung-julung kalinya, khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pertandingan ini mengajak pelajar sekolah seluruh negara untuk mencetuskan kreativiti mereka menggunakan aplikasi AI generatif, dengan tema “Aspirasi Perbankan Digital Saya, Sempena Merdeka dan Seterusnya”.

Pertandingan Seni Digital AI 2025

Pertandingan ini berlangsung secara dalam talian dari 26 Ogos hingga 23 September 2025 dan terbuka kepada semua pelajar berusia 7 hingga 17 tahun yang memiliki MyKad atau MyKid. Tiada sebarang yuran dikenakan dan penyertaan adalah percuma.

Kategori dibahagikan mengikut umur:

  • Neko Comel: 7 – 9 tahun
  • Neko Kecil: 10 – 12 tahun
  • Neko Juara: 13 – 15 tahun
  • Neko Wira: 16 – 17 tahun
  • Neko Kucing: khas untuk anak kakitangan AEON Bank

Sebanyak 68 pemenang akan dipilih sempena ulang tahun kemerdekaan ke-68, dan karya terbaik akan dipamerkan sempena majlis penyampaian hadiah di Balai Seni Negara pada Oktober 2025. Menariknya, 300 penyertaan terawal turut akan menerima hadiah penyertaan.

Cipta karya AI ikut tema

Peserta hanya perlu menghasilkan karya seni digital menggunakan aplikasi berasaskan AI seperti ChatGPT, Gemini, Genie, Canva dan sebagainya. Penting untuk pastikan karya adalah asli dan tidak meniru mana-mana hasil seni artis atau studio animasi sedia ada.

Karya akan dinilai berdasarkan:

  • 50% – kaitan dengan tema
  • 50% – kreativiti, keunikan dan keaslian

Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. 

Cara sertai pun mudah:

  1. Imbas kod QR di laman rasmi AEON Bank atau layari laman web AEON Bank
  2. Baca butiran pertandingan dan syarat.
  3. Hasilkan karya AI berdasarkan tema dan simpan prompt, hasil & screenshot sebagai bukti.
  4. Hantar karya melalui laman web AEON Bank bersama butiran peribadi.

Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia & Balai Seni Negara

Bagi menjayakan pertandingan ini, AEON Bank bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian) dan Balai Seni Negara. Usaha ini bukan sahaja mengasah kreativiti generasi muda, malah mendorong penguasaan kemahiran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni & Matematik.

Ia juga selaras dengan aspirasi negara untuk memperkasa generasi muda dengan teknologi baharu, serta merapatkan jurang antara seni dan teknologi.

Kempen #MerdekaUntuk

Selain pertandingan seni, AEON Bank juga melancarkan kempen #MerdekaUntuk – dengan mesej bahawa kemerdekaan bukan sekadar “bebas daripada”, tetapi juga “bebas untuk”. Contohnya, bebas untuk kejar impian, bebas untuk bina masa depan, atau bebas untuk kongsi rezeki.

Anda boleh tonton video kempen #MerdekaUntuk di bawah.

Promosi khas Ogos – September 2025

Sepanjang musim kemerdekaan ini, AEON Bank juga tawarkan pelbagai ganjaran menarik:

  • 4% pulangan tunai untuk pembelian runcit dengan Kad Debit-i AEON Bank
  • 3% p.a. kadar keuntungan untuk semua Savings Pot
  • RM9 ganjaran untuk setiap rujukan berjaya
  • Neko Missions dengan ganjaran khas
  • Ganjaran eksklusif lebih RM25 untuk pelanggan baharu 

Kalau ada anak atau adik beradik yang nak cuba bakat dalam seni digital, bolehlah sertai dengan imbas kod QR di bawah atau terus pergi ke laman web AEON Bank.

Tags: aeon bankaeon bank digitalai
Penaja

Penaja

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER