• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

  • OLEH Penaja
  • 9:53 am
  • 02/10/2025
  • Komen
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia]

Kalau anda mahukan telefon berkuasa untuk gaming tanpa perlu berbelanja besar, OPPO Malaysia kini hadir dengan OPPO A6 Pro 5G. Ia bukan sahaja menawarkan prestasi pantas, tapi juga kekal sejuk dan bateri tahan lama untuk digunakan seharian.



Prestasi gaming lancar dengan Dimensity 6300

Kuasa utama telefon ini datang daripada cip MediaTek Dimensity 6300. Ia dibina untuk pengalaman gaming yang lebih lancar dengan peningkatan:

  • Hingga 10% kadar bingkai lebih laju, jadi game rasa lebih responsif.
  • GPU yang 50% lebih berkuasa berbanding pesaing dalam segmen sama.
  • Penjimatan tenaga 11%, boleh main lebih lama tanpa cepat habis bateri.
  • Semasa aksi intensif, kadar bingkai boleh meningkat sehingga 13% lebih pantas, sekali gus kurangkan risiko lag.

Selain itu, ciri AI LinkBoost 3.0 membolehkan telefon bertukar pintar antara 5G dan Wi-Fi untuk pastikan sambungan kekal stabil, terutama ketika momen genting dalam permainan. 



Jadi, tak kira berada di lif, stesen bawah tanah atau lokasi lain, pengalaman gaming tetap lancar tanpa gangguan.

Paparan terang & bunyi imersif

Untuk gaming, paparan dan audio memang memainkan peranan besar. OPPO A6 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED 6.57-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan bukan sahaja lancar, tapi juga cerah dengan kecerahan puncak 1,400 nits, jadi masih jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari.

Audio pula hadir dengan pembesar suara stereo yang boleh capai tahap kelantangan sehingga 300% (atau 200% dengan fon kepala). Audio stereo kiri-kanan pun jelas — bunyi tapak kaki, tembakan, atau arah serangan musuh lebih senang dikenalpasti.

Pendek kata, bunyi bukan sekadar hiburan, tapi boleh jadi kelebihan kompetitif.

Kekal sejuk walaupun gaming lama

Masalah biasa bila main lama adalah telefon cepat panas. OPPO atasi ini dengan sistem penyejukan SuperCool VC yang memastikan suhu lebih stabil dan kadar bingkai kekal konsisten.

Jika digunakan di luar pula, prestasi masih lancar kerana ada ciri Outdoor Mode 2.0. Telefon bijak agihkan kuasa supaya aplikasi utama (contohnya permainan) tetap berjalan lancar walaupun cuaca panas.

Bateri besar, cas pun pantas

Untuk menampung semua itu, OPPO A6 Pro 5G dibekalkan bateri 6,500mAh. Ia cukup besar untuk kegunaan seharian, sama ada gaming, multitasking, atau penstriman.

Bila bateri habis, pengecasan pantas 80W SUPERVOOCTM boleh mengisi semula dengan cepat. Cas selama 5 minit sahaja sudah cukup untuk tambahan kuasa sekitar 14%, jadi tak perlu tunggu lama sebelum kembali gaming.

Tingkatkan pengalaman gaming anda dengan OPPO A6 Pro 5G

Dengan kombinasi prestasi lancar, sistem penyejukan pintar, dan bateri tahan lama, OPPO A6 Pro 5G memang sesuai untuk mereka yang nakkan telefon bajet tapi berkuasa untuk gaming.

Anda boleh dapatkan OPPO A6 Pro 5G pada harga seperti berikut:

  • OPPO A6 Pro 5G [16GB (8+8) RAM + 256GB ROM] – RM1,199

Lebih menarik, OPPO turut memberikan tawaran eksklusif bernilai RM997 untuk pembelian dari 27 September hingga 27 Oktober 2025. Ini termasuk set kotak hadiah percuma OPPO A6 Pro (sementara stok masih ada) bernilai RM169, serta jaminan perlindungan air selama setahun dan perlindungan skrin setahun bernilai RM828 sekiranya anda menyertai aplikasi My OPPO.

Untuk info lanjut tentang OPPO A6 Pro 5G, anda boleh layari laman web OPPO Malaysia.

Tags: oppoOppo A6 ProOPPO Malaysia
Penaja

Penaja

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER