• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 10 Pro Fold mula dijual 9 Okt, peluang terakhir untuk beli serendah RM7,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:50 pm
  • 08/10/2025
  • Komen
Google Pixel 10 Pro Fold mula dijual 9 Okt, peluang terakhir untuk beli serendah RM7,399
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada hujung Ogos tahun ini, Google Pixel 10 Pro Fold merupakan peranti boleh lipat pertama Google Pixel yang akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Walaupun ia dilancarkan di samping Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL, peranti lipat ini tiba sedikit lewat di pasaran tempatan dan hanya akan mula dijual di sini bermula hari Khamis, 9 Oktober.

Harga Pixel 10 Pro Fold di Malaysia

Pada awalnya, hanya harga permulaan Pixel 10 Pro Fold sahaja yang didedahkan, bermula RM7,999 untuk storan 256GB. Tetapi, terdapat juga varian storan lebih besar yang ditawarkan, dan berikut adalah harga jualan rasmi kedua-dua model:



  • Google Pixel 10 Pro Fold 256GB: RM7,999
  • Google Pixel 10 Pro Fold 512GB: RM8,599

Promosi tempahan awal Google Pixel 10 Pro Fold

Pelanggan yang membuat tempahan awal Google Pixel 10 Pro Fold akan menikmati rebat RM600 di pengedar terpilih. Dengan rebat pratempahan ini, harga peranti akan menjadi lebih rendah, RM7,399 dan RM7,999 masing-masing mengikut varian.

Selain itu, penempah awal turut akan menerima Google Pixelsnap Case bernilai RM339 secara percuma. Antara pengedar sah yang kami jumpa menawarkan promosi tempahan awal ini termasuk seperti stor Google Pixel di Shopee, Urban Republic, Senheng / senQ dan juga Thunder Match



Dalam masa yang sama, anda juga boleh membuat tempahan Pixel 10 Pro Fold melalui Maxis, namun hanya varian 512GB ditawarkan buat masa ini. Tiada rebat yang disediakan, sebaliknya pelanggan Maxis akan menerima set hadiah bernilai sehingga RM2,120, termasuk fon putik Google Pixel Buds 2a.

Set hadiah itu turut merangkumi langganan Google One AI Pro selama 12 bulan, YouTube Premium selama 3 bulan, serta Fitbit Premium selama 6 bulan. Perlu diingat bahawa set hadiah ini hanya ditawarkan kepada pelanggan yang membuat tempahan melalui stor online Maxis.

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari artikel pelancaran Google Pixel 10 Pro Fold kami.

Tags: Googlegoogle malaysiagoogle pixelGoogle Pixel 10 Pro FoldPixel 10 Pro Fold
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google Pixel 10 Pro Fold mula dijual 9 Okt, peluang terakhir untuk beli serendah RM7,399

Google Pixel 10 Pro Fold mula dijual 9 Okt, peluang terakhir untuk beli serendah RM7,399

8 October 2025
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN