• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gangguan bekalan elektrik sekitar Lembah Klang dan Johor, apa puncanya?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:05 pm
  • 15/10/2025
  • Komen
Gangguan bekalan elektrik sekitar Lembah Klang dan Johor, apa puncanya?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekitar tengah hari tadi, beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik, menjejaskan operasi di pusat beli-belah utama, bangunan komersial, serta aliran trafik di kawasan terlibat.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan gangguan berlaku di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru, sebelum bekalan dipulihkan sepenuhnya pada jam 5.54 petang.



Pada awalnya, gangguan dilaporkan hanya melibatkan kawasan Kepong, Kuala Lumpur, namun TNB kemudian memaklumkan ia turut menjejaskan beberapa lokasi lain di seluruh Semenanjung.

Menurut laporan Malay Mail, kawasan yang terkesan terhadap gangguan bekalan elektrik termasuk Johor Bahru, Kluang, Tampin, Melaka, Ipoh, Kuantan, Sendayan, serta beberapa lokasi di Lembah Klang seperti PJ Old Town, SS2, Seksyen 8, Universiti Malaya, Bukit Damansara, dan Mont Kiara.



Antara pusat beli-belah yang turut terjejas termasuk Mid Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights, Sunway Velocity, dan TRX.

Menurut TNB, gangguan bekalan elektrik ini berpunca daripada Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka. Tetapi apa sebenarnya Edra Power?

Apa itu Edra Power?

Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra) ialah sebuah pengeluar tenaga bebas (IPP) yang ditubuhkan pada 2014, hasil penggabungan tiga IPP utama, iaitu Powertek Energy Group, KLPP Group, dan Jimah Energy Group. Pada 2016, Edra menjadi anak syarikat kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) selepas proses pengambilalihan operasi dan subsidiarinya diselesaikan sepenuhnya.

Menurut laman web rasmi syarikat, Edra memiliki 8 loji janakuasa dan penyahgaraman di 4 buah negara, iaitu United Arab Emirates (UAE), Pakistan, Bangladesh, dan Malaysia. Secara keseluruhan, Edra mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 7,684MW dan kapasiti efektif 5,042MW.

Di Malaysia, Edra mengendalikan lima loji janakuasa yang terletak di Jimah, Telok Gong, Kuala Langat, Kuala Ketil, dan Alor Gajah.

Loji Edra Melaka di Alor Gajah ialah sebuah loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) yang menggunakan turbin gas HA keluaran GE. Ia merupakan loji terbesar seumpamanya di Asia Tenggara, dengan kapasiti penjanaan 2,242MW dan telah beroperasi sepenuhnya sejak 2022.

Loji ini mempunyai tiga blok penjanaan, setiap satunya mampu menghasilkan 745MW menggunakan kombinasi turbin gas GE 9HA.02, enjin stim STF-D650, penjana W88, serta penjana stim pemulihan haba (HRSG).

Loji janakuasa ini dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan CGN EDRA melalui anak syarikatnya, Edra Energy Sdn Bhd.

[Sumber gambar]

Tags: edraEdraPower Plantgangguan bekalan elektrikkuala lumpurtenaga nasional berhadTNB
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Gangguan bekalan elektrik sekitar Lembah Klang dan Johor, apa puncanya?

Gangguan bekalan elektrik sekitar Lembah Klang dan Johor, apa puncanya?

15 October 2025
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN