• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:20 pm
  • 12/12/2025
  • Komen
JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia memperkenalkan JPJePlate pada 9 November 2024, iaitu reka bentuk nombor plat standard baharu yang diwajibkan untuk semua kenderaan motor tiada pelepasan gas pencemaran (Free Emission Vehicles, FEV).

Nombor plat baharu ini digunakan bukan sahaja untuk kereta bateri elektrik (EV), tetapi juga untuk kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV) yang didaftarkan di Malaysia.



Selepas lebih daripada setahun JPJePlate diperkenal, ada pengguna yang menyedari sesuatu yang ganjil pada Jalur Gemilang yang dicetak pada plat tersebut. Jalur Gemilang pada plat ini kelihatan kekurangan satu jalur putih.

Apa sebenarnya JPJePlate?

Untuk imbas kembali, JPJePlate diperkenal untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat di Malaysia, serta menangani isu penggunaan plat “fancy” yang menyukarkan pengecaman. Ia hadir dalam bentuk plat hadapan dan belakang, bersama pelekat RFID pada cermin hadapan serta set skru anti-kecurian sehala.



Plat aluminium ini dihasilkan oleh Handal Ceria di Cyberjaya dan ia dilengkapi beberapa ciri-ciri, termasuk RFID terbina, Foil anti pemalsuan, jalur holografik dan kod QR untuk tandatangan digital.

Sama seperti plat kenderaan UK, terdapat jalur hijau pada bahagian kiri yang menandakan ia kenderaan tanpa emisi. Pada jalur inilah terletaknya Jalur Gemilang serta kod negara “MAL”.

Jalur Gemilang pada JPJePlate kurang satu jalur?

Jika anda teliti bahagian atas kiri plat, Jalur Gemilang yang dicetak dikelilingi dengan bingkai berwarna putih. Walau bagaimanapun, apabila jalur itu dikira satu persatu, anda akan perasan bahawa hanya ada 7 jalur merah dan 6 jalur putih, tidak termasuk bingkai putih tersebut. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 13 jalur, bukannya 14 seperti yang sepatutnya.

Garis panduan rasmi Jalur Gemilang oleh JaPen

Berdasarkan garis panduan Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), bendera Malaysia berasal daripada bendera Persekutuan Tanah Melayu. Selepas Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia pada 1963, jumlah jalur dan bucu bintang ditingkatkan daripada 11 ke 14 bagi mewakili 14 negeri di Malaysia.

Selepas Singapura keluar Malaysia pada 9 Ogos 1965, bilangan 14 jalur dan bucu terus dikekalkan untuk melambangkan Kerajaan Persekutuan, yang terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Garis panduan itu turut menetapkan bahawa Jalur Gemilang mesti direka dengan nisbah 2:1 (lebar kepada tinggi), mempunyai 14 jalur merah-putih, serta bintang dengan 14 bucu. Berdasarkan spesifikasi ini, Jalur Gemilang yang dicetak pada JPJePlate jelas dilihat tidak mematuhi ketetapan rasmi tersebut, dan memerlukan pembetulan.

Pada masa sama, ini juga bermakna ribuan plat EV yang sudah dikeluarkan sejak 2024 menggunakan bendera yang tidak tepat. Setakat ini, pihak pengeluar Handal Ceria, belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Kami telah menghubungi Handal Ceria untuk mendapatkan penjelasan lanjut

Tags: Bendera MalaysiaEVJalur GemilangJPJjpjeplatekenderaan elektriknombor plat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?

JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?

12 December 2025
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN