• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stripe, platform pembayaran antarabangsa buka pendaftaran Beta di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:26 pm
  • 08/02/2019
  • Komen
Stripe, platform pembayaran antarabangsa buka pendaftaran Beta di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Stripe merupakan sebuah startup berkenaan platform transaksi dalam talian, kini membuka pendaftaran Beta mereka di Malaysia. Perkara ini diumumkan oleh pengasas bersamanya, Patrick Collison di twitter beliau.

Stripe ditubuhkan pada tahun 2010. Ia merupakan sebuah syarikat yang menyediakan penyelesaian transaksi dalam talian seperti pembayaran, perisian dan teknologi berkaitan, untuk membolehkan syarikat menerima dan menguruskan transaksi dalam talian.



We're kicking off our betas—and seeing our first customers go live—in 6 new countries today! Delighted to take our first steps in Estonia, Poland, Greece, Lithuania, Latvia, and Malaysia. 🇪🇪🇵🇱🇬🇷🇱🇹🇱🇻🇲🇾

You can sign up for these betas at https://t.co/RhO6idSghy.

— Patrick Collison (@patrickc) February 6, 2019

Dalam pengumuman tersebut, Malaysia merupakan salah satu dari enam negara baru yang diumumkan sedia menggunakan perkhidmatan Stripe. Lima lagi negara lain merupakan negara yang terletak di Eropah iaitu Estonia, Poland, Greece, Lithuania dan Latvia.

Pemilihan Malaysia menjadi petunjuk potensi besar untuk perniagaan dalam talian di peringkat antarabangsa. Dengan tambahan enam negara ini, Stripe kini beroperasi di 32 buah negara.



Dalam temuramah bersama Bloomberg, pengasas bersama Stripe, John Collisson berkata, 5% dari perdagangan antarabangsa terdapat dalam talian, manakala 95% lagi di luar talian. Dengan lebih banyak perniagaan berkembang ke dalam talian, maka semakin banyak transaksi dalam talian dibuat.

Patrick (kiri) dan John (kanan) dalam temuramah bersama Bloomberg

Stripe mahu membuka jalan untuk perniagaan ke dalam talian dan bertransaksi di pasaran antarabangsa. Di samping itu, Stripe menerima komisyen berdasarkan transaksi yang boleh dijalankan di mana-mana negara.

Selain transaksi, Stripe turut mengembangkan syarikat melalui inisiatif lain. Mereka menerbitkan majalah kejuruteraan perisian setiap suku tahun, serta baru sahaja mengambil alih forum entreprenuer Indie Hackers. Stripe juga baru menyertai dunia percetakan menerusi Stripe Press dan mencetak buku mengenai ekonomi, teknologi dan pengurusan.

Kepada perniagaan di Malaysia yang berminat untuk mencuba perkhidmatan Stripe, boleh mendaftar program Beta mereka di sini.

Tags: Stripe
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Stripe, platform pembayaran antarabangsa buka pendaftaran Beta di Malaysia

Stripe, platform pembayaran antarabangsa buka pendaftaran Beta di Malaysia

8 February 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN