• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile tawar eSIM percuma 100GB untuk pelancong, boleh tebus di KLIA, KKIA dan Langkawi

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:33 pm
  • 13/02/2026
  • Komen
U Mobile tawar eSIM percuma 100GB untuk pelancong, boleh tebus di KLIA, KKIA dan Langkawi
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena peluasan liputan 5G dalam bangunan di beberapa hab pengangkutan utama negara, U Mobile kini memperkenalkan pelan khas untuk pelancong asing. Dikenali sebagai ULTRA Tourist Plan, ia menawarkan eSIM percuma dengan 100GB data berkelajuan tinggi yang boleh ditebus sebaik sahaja pelancong tiba di Malaysia.

Pelan ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha menyokong kempen Visit Malaysia 2026, selain memudahkan pelancong mendapatkan akses internet tanpa perlu membeli SIM fizikal.



100GB data percuma selama 24 jam, tanpa had kelajuan

Melalui pelan ini, pelancong asing hanya perlu mengimbas kod QR khas U Mobile di lapangan terbang terpilih untuk menebus eSIM percuma. eSIM tersebut hadir dengan 100GB data 5G/4G berkelajuan penuh tanpa had kelajuan, sah selama 24 jam dari waktu pengaktifan.

ULTRA Tourist Plan ini tersedia di kawasan ketibaan antarabangsa di:



  • KLIA Terminal 1
  • KLIA Terminal 2
  • Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
  • Langkawi International Airport (LIA)

Pelancong hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan dan mengikuti langkah pengaktifan melalui aplikasi MyUMobile. ULTRA Tourist Plan ini ditawarkan khusus untuk pelancong asing yang mengimbas kod QR berkenaan.

Pelanggan U Mobile sedia ada tidak layak untuk percubaan eSIM ULTRA5G ini, dan setiap pelancong hanya boleh menebus tawaran ini sekali sahaja sepanjang tempoh promosi.

Namun begitu, perlu diingat bahawa pelan ini hanya ditawarkan dalam bentuk eSIM sahaja dan tiada pilihan untuk mendapatkan SIM fizikal. Kebanyakan telefon pintar moden yang dilancarkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sudah menyokong eSIM. Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk senarai peranti yang serasi oleh U Mobile.

Cara tebus eSIM ULTRA5G dengan 100GB data percuma

Untuk menebus eSIM ini, pelancong perlu berada di kawasan ketibaan KLIA Terminal 1, KLIA Terminal 2, KKIA atau LIA dan mengimbas kod QR khas U Mobile. Anda juga disarankan untuk mengambil gambar kod QR tersebut untuk rujukan.

Sambung ke rangkaian WiFi untuk proses pengaktifan, dan muat turun aplikasi MyUMobile melalui Google Play Store atau Apple App Store. Kemudian, pengguna perlu bersetuju dengan terma dan syarat serta menekan butang tebus. Seterusnya, ikuti arahan yang diberikan termasuk pengesahan identiti dan wajah.

Selepas selesai, maklumat eSIM akan dihantar ke emel dan anda boleh pasang eSIM tersebut pada peranti ada.

Pelan ini hanya terbuka kepada pelancong asing dan tidak tersedia untuk pelanggan U Mobile sedia ada. Setiap pelancong juga hanya boleh menebus tawaran ini sekali sahaja sepanjang tempoh promosi, yang sah sehingga 31 Disember 2026.

Boleh sambung pelan serendah RM3 sehari

Selepas tempoh percubaan 24 jam tamat, pengguna masih boleh terus menggunakan eSIM tersebut dengan membeli pelan data tambahan. Antara pilihan yang tersedia termasuk:

  • 1GB (24 jam) – RM3
  • 10GB (24 jam) – RM6
  • 10GB (7 hari) – RM12
  • 20GB (7 hari) – RM15

Semua pelan ini menawarkan kelajuan 5G/4G tanpa had kelajuan serta sokongan hotspot. Namun, ia adalah pelan data sahaja dan tidak termasuk panggilan suara.

Jika pengguna tidak membeli pelan tambahan, talian masih akan kekal aktif selama 14 hari, dan mereka masih boleh menerima panggilan masuk secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, pelancong boleh merujuk halaman percubaan ULTRA5G 24 jam yang disediakan oleh U Mobile.

Tags: u mobileultra 5gUltra5GUltra5G Tourist Plan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

U Mobile tawar eSIM percuma 100GB untuk pelancong, boleh tebus di KLIA, KKIA dan Langkawi

U Mobile tawar eSIM percuma 100GB untuk pelancong, boleh tebus di KLIA, KKIA dan Langkawi

13 February 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN