Berikutan pengumuman sebelum ini, Vivo Malaysia kini telah melancarkan secara rasmi Vivo V70 FE untuk pasaran Malaysia. Ia berada di bawah model Vivo V70 yang dilancar sebulan lepas, tetapi tetap hadir dengan spesifikasi menarik, malah menggunakan sensor kamera utama yang lebih besar.
Harga dan ketersediaan Vivo V70 FE

Vivo V70 FE ditawarkan dalam tiga varian pada harga seperti berikut:
- 8GB + 256GB – RM1,599
- 12GB + 256GB – RM1,799
- 8GB + 512GB – RM1,999 (eksklusif dalam talian dan telco)
Untuk mereka yang berminat, Vivo V70 FE boleh dipratempah dari sekarang sehingga 17 April 2026, dan Vivo Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256 kepada pelanggan awal. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk:
- Vivo Care 180 hari (bernilai RM499, termasuk perlindungan skrin)
- Vivo Buds Air 3 (bernilai RM129)
- V Selection Watch V3 (bernilai RM129)
- Rebat pra-tempahan RM100
- Vivo Care 365 hari (bernilai RM399, termasuk waranti lanjutan dan waranti pelbagai negara)
Anda boleh dapatkan Vivo V70 FE menerusi stor online Vivo, atau gedung rasmi mereka di Lazada (256GB, 512GB) , Shopee (256GB, 512GB) dan TikTok.
Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan untuk Vivo V70 FE iaitu ungu, biru dan perak.
Spesifikasi Vivo V70 FE

Vivo V70 FE dipacu oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo bersaiz 4nm, dipadankan dengan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB.
Di bahagian hadapan, skrin AMOLED 6.83″ yang digunakan hadir dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 2800 x 1260 piksel, dan kecerahan puncak sehingga 1,900 nits.

Untuk kamera, bahagian belakang dilengkapi dua sensor. Ia terdiri daripada kamera utama 200MP f/1.9 menggunakan sensor Samsung HP5 bersaiz 1/1.56″ dengan OIS, serta kamera ultralebar 8MP f/2.2.
Kamera hadapan pula hadir dengan resolusi 32MP f/2.2, memanfaatkan sensor 1/3.1″ dengan sudut pandang 90°. Turut disertakan adalah lampu AI Aura Light untuk selfie yang lebih terang dan natural.

Dari segi bateri, V70 FE disokong oleh bateri BlueVolt berkapasiti 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar dan Bypass Charging.
Vivo mendakwa bateri ini mampu bertahan sehingga 43.8 jam tontonan YouTube, atau sehingga 16 jam penggunaan harian merangkumi navigasi, fotografi, TikTok, Instagram dan MLBB dengan kesihatan bateri yang terjamin baik sehingga 5 tahun.

Selain itu, V70 FE juga hadir dengan penarafan IP68 dan IP69, mampu bertahan direndam dalam air sedalam 1.5m selama 120 minit. Pembesar suara adalah jenis stereo simetri, manakala dari segi fizikal ia tampil nipis pada 7.95mm dengan berat 200g.

Sejurus keluar kotak ia menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16.
Untuk malkumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo V70 FE.






![[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala](https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/08/230807-Maybank2u-MAE-kabur-01-120x86.jpg)