• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

  • OLEH Penaja
  • 7:57 pm
  • 08/05/2026
  • Komen
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari
Share on FacebookShare on Twitter

Arikel ini dibawakan oleh Realme

Kebanyakan telefon kelas permulaan biasanya datang dengan kompromi sama ada bateri cepat habis, prestasi sederhana atau binaan yang kurang tahan lasak.



Dengan realme C100 5G yang mereka gelar ‘Durable Champion’ atau Juara Ketahanan, realme cuba ubah persepsi itu. Ini bukan sekadar telefon bajet biasa, tetapi peranti yang direka untuk mereka yang banyak berada di luar daripada penunggang penghantar makanan hinggalah pengguna yang sentiasa bergerak sepanjang hari.

Bateri besar, kurang keperluan mengecas

Bateri yang tak tahan lama mungkin perkara biasa untuk telefon kelas permulaan. 



Namun realme C100 5G hadir dengan kapasiti gergasi 7,000mAh, direka untuk bertahan sehingga dua hari penuh, walaupun dengan penggunaan berat. Untuk pengguna yang sentiasa di jalanan seperti penunggang penghantar makanan, ini bermakna kurang kebergantungan pada powerbank atau perlu kerap untuk mengecas.

Jika perlu mengecas sekalipun, ia menyokong pengecasan pantas sehingga 45W. Hanya 5 minit mengecas sudah cukup untuk memberikan masa navigasi 1.5 jam, 1.6 jam masa tontonan video, dan 11.8 jam untuk memainkan lagu.

Untuk gaming pula, ia menyokong Bypass Charging, yang membolehkan tenaga diambil terus daripada pengecas tanpa membebankan bateri. 

Turut disertakan ialah fungsi pengecasan terbalik, menjadikan telefon ini boleh digunakan sebagai sumber kuasa untuk peranti lain.

Direka untuk penggunaan lasak

Panas terik? Hujan tiba-tiba? Tangan basah lepas hantar pesanan kepada pelanggan? Telefon tergelincir dari poket? realme C100 5G sudah bersedia untuk semua itu. Dengan penarafan IP64 dan ketahanan gred tentera, ia mampu bertahan dalam situasi yang boleh merosakkan telefon biasa.

Dalam konteks cuaca Malaysia yang tidak menentu, ciri ini memberikan ketenangan tambahan untuk pengguna yang aktif di luar terutamanya pekerja gig seperti penghantar makanan.

Reka bentuknya pun tidak kelihatan seperti telefon rugged yang berat dan besar. Sebaliknya, ia hadir dengan tampilan minimalis yang kemas dan slim untuk keselesaan digenggam sepanjang hari.

Satu lagi ciri yang berguna, jika speaker terkena air atau habuk, telefon ini dilengkapi sistem yang mampu menyingkirkan bendasing daripada speaker melalui getaran. Jadi tidak perlu risau walaupun digunakan dalam keadaan lembap.

Skrin pantas

Dari segi skrin, realme C100 5G menyokong kadar segar semula 144Hz, menawarkan paparan yang lebih lancar berbanding kebanyakan telefon dalam kategori yang sama. Di bawah terik matahari pun, skrin masih cukup cerah, jadi kandungan masih mudah dilihat walaupun di luar.

Untuk keselesaan mata jangka panjang, ia turut dilengkapi DC Dimming yang menawarkan pengalaman bebas flicker, sekali gus membantu mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan berpanjangan.

Prestasi cukup untuk kerja harian

Masalah biasa untuk telefon bajet adalah prestasi. Namun dengan cip MediaTek Dimensity 6300, realme C100 5G menjanjikan pengalaman yang cukup lancar untuk kegunaan harian. Ia menyokong RAM dinamik sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB, lebih dari cukup untuk menyimpan segala fail, gambar, dan app harian anda.

Dipadankan dengan teknologi Flux Engine dan realme UI 7.0 berasaskan Android 16, penggunaan harian seperti navigasi, komunikasi, dan hiburan terasa lebih lancar, dengan jaminan kelancaran prestasi selama 48 bulan.

Kamera dan ciri AI

Bahagian kamera realme C100 5G juga tidak mengecewakan. Ia hadir dengan kamera utama 50MP dengan sokongan AI yang memastikan setiap gambar yang diambil tetap jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Terdapat juga ciri seperti AI Motion Photo yang menjadikan momen dirakam terasa lebih hidup.

Lebih daripada sekadar kamera, realme C100 5G juga dilengkapi AI Outdoor Mode yang merangkumi beberapa ciri berguna. Ini termasuk AI performance boost yang mengawal prestasi secara pintarAI Network Boost yang mengutamakan sumber rangkaian, dan AI NetPilot yang mampu meningkatkan kekuatan isyarat dan sambungan internet walaupun di kawasan yang mencabar. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk penghantar yang sering perlu menyemak peta atau membuat panggilan kepada pelanggan dalam perjalanan.

Telefon ini juga hadir dengan ciri Auto Call Handsfree yang membolehkan pengguna menjawab panggilan secara automatik tanpa perlu menyentuh telefon.

Speaker cukup lantang

Speaker salah satu perkara yang banyak terlepas pandang oleh pengeluar untuk telefon permulaan. Tapi realme C100 hadir dengan speaker yang kelantangannya boleh ditingkatkan sehingga 300% menjadikan audio kekal jelas tidak kira untuk panggilan, mendengar navigasi ataupun lagu, satu ciri yang cocok untuk golongan riders terutamanya.

Lebih daripada sekadar telefon kelas permulaan

realme C100 5G cuba membawa sesuatu yang berbeza dalam segmen kelas permulaan dengan gabungan bateri besar, ketahanan fizikal dan ciri praktikal untuk kegunaan harian yang biasanya hanya ada pada telefon lebih mahal. 

Bagi pengguna yang bergantung pada telefon sepanjang hari terutama ketika berada di luar, realme C100 5G mungkin antara pilihan paling lengkap yang boleh dipertimbangkan dalam kategorinya.

Tags: RealmeRealme C100 5GRealme Malaysia
Penaja

Penaja

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN