• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:55 pm
  • 11/06/2026
  • Komen
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon kelas permulaan terbaharu buat pasaran Malaysia, iaitu Vivo Y31s 5G. Meskipun berada dalam kategori bajet, ia hadir dengan kapasiti bateri besar, binaan fizikal yang lasak dan cip Snapdragon.

Dari segi spesifikasi dan harga, Vivo Y31s boleh dianggap sebagai antara pesaing kepada Realme C100 5G yang dilancarkan baru-baru ini.



Harga dan ketersediaan Vivo Y31s di Malaysia

Di Malaysia, Vivo Y31s ditawarkan dalam satu varian memori iaitu RAM 6GB berserta storan 256GB pada harga RM1,199.

Bagi anda yang berminat, telefon ini akan tersedia mulai 13 Jun dan boleh didapatkan menerusi kedai vivo Concept Store, stor online rasmi vivo Malaysia, serta Lazada dan Shopee. Untuk pilihan warna, Vivo membawakan dua warna menarik yang diispirasikan daripada pemandangan malam bandar raya Kuala Lumpur, iaitu KL Midnight Purple dan Glowing Black.



Menariknya, Vivo turut mengadakan Promosi Jualan Pertama bermula 13 Jun hingga 30 Jun 2026. Antara kelebihan yang disediakan sepanjang tempoh promosi ini termasuklah:

  • Kad Petrol RM50 Percuma untuk 1,000 pelanggan pertama.
  • Jaminan Lanjutan selama 6 Bulan untuk ketenangan minda.
  • Pilihan ansuran melalui SPayLater dengan faedah 0% selama 6 bulan, berserta diskaun tambahan RM100 bagi pembelian bernilai RM1,000 ke atas.

Spesifikasi Vivo Y31s 5G

Bermula dengan skrin, Vivo Y31s menggunakan panel LCD berukuran 6.72″ dengan berkadar segar semula 120Hz dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini turut menawarkan kecerahan puncak sehingga 1,500 nits serta menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light demi mengurangkan keletihan mata pengguna dalam penggunaan berpanjangan.

Dari segi ketahanan, telefon ini hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP68 serta IP69+, selain menyokong ciri Wet-Hand Touch yang membolehkan skrin digunakan walaupun tangan basah. Vivo turut melengkapkannya dengan pensijilan ketahanan tentera MIL-STD-810H serta pengiktirafan SGS Gold Label 5-Star Premium Performance yang dikatakan mampu menahan impak jatuhan sehingga 3.5 meter. Skrin hadapannya pula dilindungi oleh lapisan Guardian Glass.

Untuk kuasa, ia digerakkan oleh cip Snapdragon 4 Gen 2 (4nm), dikatakan memiliki CPU 10% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ia dipadankan dengan RAM 6GB dan storan UFS 3.1 seluas 256GB. Vivo juga mendakwa telefon ini mampu mengekalkan pengalaman penggunaan yang lancar sehingga 50 bulan hasil gabungan pengoptimuman perkakasan dan perisian.

Sejurus keluar kotak, ia menjalankan Android 16 yang diselaputi di atas OriginOS 6 yang turut lengkap bersama ciri produktiviti pintar seperti Origin Island, AI Captions (transkripsi & terjemahan masa nyata), serta vivo Office Kit.

Untuk menangkap gambar, vivo Y31s dilengkapi dengan kamera utama 50 MP HD di bahagian belakang dan kamera depan 32 MP. Bagi memperkemas hasil gambar, ia turut disertakan dengan ciri kreativiti pintar seperti AI Erase untuk memadam objek gangguan dengan mudah, serta ciri AI Photo Enhance, Live Photo, dan Multi-Style Portraits.

Perkara utama yang ditekankan pada Y31s adalah bateri, dengan ia dimuatkan dengan kapasiti 6,500 mAh jenis BlueVolt menggunakan seni bina berketumpatan tinggi 782 Wh/L. Menurut Vivo, satu cas penuh mampu memberikan sehingga 16.1 jam penggunaan TikTok, 35 jam tontonan YouTube atau 10.1 jam penstriman muzik melalui Spotify. Untuk mengecas, ia menyokong pengecasan FlashCharge 44W USB, dengan 29 perlindungan keselamatan.

Walaupun mempunyai bateri yang besar, vivo Y31s kekal nipis dengan ketebalan hanya 8.39mm dan berat sekitar 209g. Bahagian belakangnya menggunakan rekaan kuad melengkung dan turut dilengkapi lampu Dynamic Light yang boleh menyala untuk panggilan masuk, notifikasi, pengecasan dan juga ketika memainkan muzik.

Ciri lain yang turut disediakan termasuk pengimbas cap jari pada butang kuasa, speaker stereo yang menyokong kelantangan kuat 400%, dan sambungan seperti Bluetooth 51, NFC, WiFi 5 dan jek audio.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo Y31s 5G.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo Y31s
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN