• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:10 pm
  • 12/06/2026
  • Komen
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia mengumumkan ketibaan laptop perniagaan premium terbaharu mereka, ASUS ExpertBook Ultra. Diperkenalkan semasa Next Enterprise Summit 2026, model ini disasarkan kepada golongan profesional dan pengguna perusahaan yang mahukan sebuah laptop ringan tanpa mengorbankan prestasi.

Apa yang menjadikan ExpertBook Ultra menarik ialah gabungan spesifikasi berkuasa dalam badan yang sangat nipis dan ringan. ASUS mendakwa ia merupakan laptop 14″ dengan saiz fizikal paling kompak di dunia, selain menawarkan berat serendah 0.99kg.



Selain itu, ia juga merupakan sebuah Copilot+ PC yang dilengkapi keupayaan AI generasi baharu menerusi cip Intel Core Ultra siri terkini dan NPU berkuasa tinggi untuk pelbagai tugasan AI yang dijalankan terus pada peranti.

Harga dan ketersediaan ASUS ExpertBook Ultra di Malaysia

Di Malaysia, ASUS ExpertBook Ultra ditawarkan pada harga bermula RM7,999.



Laptop ini boleh didapati menerusi pengedar sah ASUS Business serta ASUS Official e-Store. ASUS turut mengadakan promosi pelancaran dari 10 Jun hingga 31 Julai 2026, di mana pelanggan yang membeli ASUS ExpertBook Ultra bakal menerima MH eGift Card (Malaysia Airlines) bernilai RM500 secara percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Spesifikasi ASUS ExpertBook Ultra

ASUS ExpertBook Ultra menggunakan casis magnesium-aluminium gred aeroangkasa AZ31B, dengan berat serendah 0.99kg dan ketebalan hanya 10.9mm. Walaupun ringan, ASUS masih berjaya memuatkan bateri 70Wh yang didakwa mampu menawarkan sehingga 26 jam penggunaan. Ia juga menyokong pengecasan pantas dengan 50% bateri boleh dicas dalam masa sekitar 30 minit.

Dari segi prestasi, ExpertBook Ultra boleh dipadankan dengan pemproses sehingga Intel Core Ultra X7-358H. Cip ini dilengkapi NPU berkuasa 50 TOPS, manakala keseluruhan platform menawarkan sehingga 180 TOPS untuk tugasan AI. ASUS turut menggunakan sistem penyejukan ExpertCool Pro yang membolehkan CPU beroperasi pada kuasa sehingga 50W secara berterusan tanpa mengalami penurunan prestasi.

Untuk grafik, ia menggunakan Intel Arc B390 terbina dalam. ASUS mendakwa prestasinya mampu mengatasi NVIDIA RTX 4050 pada kuasa 30W dalam beberapa penanda aras tertentu. Laptop ini turut menyokong RAM LPDDR5X sehingga 64GB pada kelajuan 9600MT/s dan storan SSD PCIe Gen 5 x4 sehingga 2TB. ASUS menyatakan SSD tersebut mampu mencapai kelajuan bacaan melebihi 14,000MB/s.

Dari segi paparan, ASUS menawarkan dua pilihan panel 14″ 16:10 beresolusi 3K (2880 x 1800). Pertama adalah Tandem OLED dengan kecerahan HDR sehingga 1,400 nits, manakala kedua adalah POLED dengan kecerahan 1,000 nits. Kedua-dua panel menyokong sentuhan dan kadar segar semula 120Hz. Namun, panel Tandem OLED turut menawarkan liputan warna DCI-P3 100%, pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1000 serta lapisan anti silau untuk pengalaman visual yang lebih baik.

ASUS turut mendakwa teknologi Tandem OLED ini mampu mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 40% berbanding panel OLED biasa. Selain itu, paparan turut dilindungi Gorilla Glass Victus dan Gorilla Glass Matte yang direka untuk mengurangkan pantulan cahaya sehingga 80%, menjadikannya lebih selesa digunakan di kawasan terang.

Untuk audio, ExpertBook Ultra dilengkapi sistem enam pembesar suara Dolby Atmos bersama teknologi pembatalan hingar AI untuk panggilan dan mesyuarat dalam talian yang lebih jelas. Laptop ini turut dilengkapi papan kekunci bersaiz penuh yang kalis tumpahan air serta disalut dengan lapisan UV khas bagi mengurangkan kesan cap jari dan minyak. Ia juga menggunakan touchpad haptik kaca yang menyokong kawalan gestur untuk melaras tahap audio dan kecerahan skrin.

Port I/O yang boleh anda temukan pada laptop ini termasuk dua port Thunderbolt 4, dua port USB-A, satu HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm, selain menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 6.0. ASUS turut melengkapkan ExpertBook Ultra dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk TPM 2.0, Microsoft Pluton, pengimbas cap jari, Windows Hello IR, penutup kamera fizikal serta sistem Dual BIOS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk ASUS ExpertBook Ultra.

Tags: asusASUS ExpertBook Ultraasus malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN