• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta lancar pelan berbayar Instagram Plus, WhatsApp Plus & Facebook Plus di Malaysia, dari RM3.50/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:07 pm
  • 15/06/2026
  • Komen
Meta lancar pelan berbayar Instagram Plus, WhatsApp Plus & Facebook Plus di Malaysia, dari RM3.50/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Meta akhirnya melancarkan penawaran pelan langganan berbayar mereka untuk pasaran Malaysia menerusi pengenalan Instagram Plus, WhatsApp Plus, dan Facebook Plus.

Pelan langganan ini telah diumumkan secara berperingkat di peringkat global sejak beberapa minggu lalu dan kini akhirnya ditawarkan di Malaysia. Dengan langganan Plus, pengguna boleh menikmati pelbagai ciri tambahan yang tidak tersedia untuk pengguna biasa.



Harga langganan yang ditawarkan adalah bermula serendah RM3.50 sebulan. Menariknya, Meta turut menyediakan beberapa tawaran promosi di mana anda boleh menikmati diskaun harga untuk bulan pertama atau kedua langganan.

Menurut Meta, langganan ini hanyalah satu pilihan buat mereka yang mahukan naik taraf ciri lebih premium, dan ia sama sekali tidak akan mengubah cara penggunaan biasa pada aplikasi-aplikasi tersebut.



Harga Pelan Langganan ‘Plus’ di Malaysia

Berikut adalah senarai harga bagi setiap langganan Plus di Malaysia:

  • Instagram Plus: RM4.50/bulan
  • WhatsApp Plus: RM3.50/bulan
  • Facebook Plus: RM4.50/bulan

Buat masa ini, Meta turut menawarkan promosi untuk pelanggan baharu. Pengguna Instagram Plus boleh menikmati diskaun 55% untuk dua bulan pertama, manakala pelanggan WhatsApp Plus diberikan langganan percuma untuk bulan pertama.

Kalau anda mahu melanggan ketiga-tiga pelan sekaligus, ia boleh dilanggan pada harga sedikit lebih murah RM12.50/bulan.

Ciri Menarik Instagram Plus

Antara ketiga-tiga platform, Instagram Plus pada harga RM4.50 sebulan menawarkan ciri tambahan paling banyak dengan menampilkan 11 fungsi tambahan seperti berikut:

  • Story Spotlight: Memberikan keutamaan kepada Story anda supaya lebih mudah dilihat oleh rakan-rakan.
  • Super Hearts: Hantar animasi emoji hati beranimasi khas yang muncul pada skrin ketika memberi reaksi kepada Story rakan.
  • Multiple Story Audiences: Cipta seberapa banyak senarai kumpulan rakan (Close Friends) yang anda mahu, supaya Story yang betul dapat dikongsi kepada orang yang tepat.
  • Story Extend: Boleh tetapkan jangka hayat Story lebih panjang sehingga 48 jam (berbanding 24 jam biasa).
  • Story Preview: Boleh tengok Story orang lain secara previu
  • Story Rewatch Insights: Boleh tahu berapa kali Story korang telah ditonton semula oleh orang lain.
  • Search Viewer List: Fungsi carian pantas untuk menyemak sama ada individu spesifik sudah melihat Story anda atau belum.
  • Custom App Icon: Boleh tukar ikon aplikasi mengikut rekaan eksklusif daripada Instagram dan para pencipta kandungan (creators).
  • Custom Bio Font: Tukar jenis tulisan (font) pada ruangan bio profil mengikut gaya tersendiri.
  • More Profile Pins: Boleh pin sehingga 6 hantaran (posts) di bahagian atas profil (berbanding had 3 sebelum ini).
  • Post Directly to Profile: Muat naik hantaran terus ke profil atau Highlights tanpa perlu ia muncul di ruangan Feed rakan-rakan.

Ciri Menarik WhatsApp Plus

Bagi pelan WhatsApp Plus yang berharga RM3.50 sebulan pula, ia akan membuka 6 fungsi ekstra seperti di bawah:

  • Kongsi pelekat eksklusif: Akses kepada pek pelekat (sticker) baharu dengan kesan khas.
  • Pilihan tema dan ikon unik: Jadikan rupa aplikasi WhatsApp korang lebih menyerlah dan berbeza pada telefon.
  • Pin sehingga 20 sembang (chats): Boleh pin lebih banyak perbualan penting di bahagian paling atas (had biasa cuma 3 sembang).
  • Tukar tema keseluruhan aplikasi: Peribadikan rupa aplikasi dengan pilihan warna baharu yang akan mengubah warna mesej, ikon, dan juga latar belakang.
  • Nada dering eksklusif: Dapatkan pelbagai nada dering baharu khas untuk kenalan (contacts) paling penting korang.
  • Naik taraf senarai sembang: Susun semula ruangan sembang dengan sistem senarai yang dipertingkatkan agar lebih kemas.

Ciri Menarik Facebook Plus

Sementara itu, pelan Facebook Plus pada harga RM4.50 sebulan menawarkan 6 ciri tambahan yang boleh digunakan merentasi aplikasi Facebook dan juga Messenger:

  • Preview Stories: Boleh lihat Story rakan menerusi paparan mini tanpa nama anda muncul dalam senarai penonton (viewer list).
  • Story Rewatch Insights: Boleh lihat berapa kali Story anda ditonton semula.
  • Search Viewer List: Fungsi carian untuk semak sama ada seseorang telah melihat Story anda
  • Custom App Icon: Pilihan untuk menukar ikon Facebook di telefon pintar supaya kelihatan unik.
  • Super React to Stories: Berinteraksi pada Story rakan menggunakan animasi emoji hati khas yang lebih menarik.
  • Story Extend: Panjangkan tempoh paparan Story sehingga 48 jam.

Pada pendapat anda, adakah berbaloi untuk membelanjakan sekitar RM3.50 hingga RM4.50 sebulan bagi setiap fungsi tambahan platform media sosial ini? Jangan lupa kongsi pandangan korang di ruangan komen di bawah ya!

Tags: Facebookinstagrammetawhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Meta lancar pelan berbayar Instagram Plus, WhatsApp Plus & Facebook Plus di Malaysia, dari RM3.50/bulan

Meta lancar pelan berbayar Instagram Plus, WhatsApp Plus & Facebook Plus di Malaysia, dari RM3.50/bulan

15 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN