• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi kembangkan ekosistem rumah pintar, lancar mesin basuh & penyaman udara baharu bermula RM999

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:10 pm
  • 24/06/2026
  • Komen
Xiaomi kembangkan ekosistem rumah pintar, lancar mesin basuh & penyaman udara baharu bermula RM999
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah memperluaskan ekosistem rumah pintar mereka dengan membawa masuk pelbagai perkakas domestik baharu di bawah jenama Xiaomi dan Mijia.

Barisan produk yang diperkenalkan kali ini merangkumi pendingin hawa Mijia Air Conditioner GentleAir, peti sejuk Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L, siri mesin basuh Mijia Front Load Washer 9kg, serta robot vakum Xiaomi Robot Vacuum H50.



Semua perkakas ini merupakan sebahagian daripada strategi ekosistem “Human × Car × Home” milik Xiaomi. Jadi, ia menyokong sambungan aplikasi Xiaomi Home, kemas kini perisian secara OTA, serta integrasi rumah pintar yang menyeluruh.

Harga dan promosi perkakas rumah pintar Xiaomi Malaysia

Rangkaian perkakas rumah pintar terbaharu Xiaomi ini sudah mula dijual di Malaysia. Anda boleh mendapatkannya di semua cawangan Xiaomi Store serta kedai dalam talian rasmi mereka di Lazada, Shopee dan Mi.com.



Berikut adalah senarai harga rasmi beserta harga promosi yang ditawarkan:

  • Mijia Air Conditioner GentleAir 1.0HP – RM2,699 (Harga Promo: RM1,599)
  • Mijia Air Conditioner GentleAir 1.5HP – RM2,999 (Harga Promo: RM1,799)
  • Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L – RM3,999 (Harga Promo: RM2,799)
  • Mijia Front Load Washer Dryer 9kg – RM2,199 (Harga Promo: RM1,199)
  • Mijia Front Load Washer 9kg – RM1,999 (Harga Promo: RM999)
  • Xiaomi Robot Vacuum H50 Pro – RM2,699 (Harga Promo: RM1,999)
  • Xiaomi Robot Vacuum H50 – RM2,499 (Harga Promo: RM1,299)

Pendingin Hawa Mijia Air Conditioner GentleAir (1.0HP / 1.5HP)

Selepas melancarkan model Pro Eco dan Eco sebelum ini, Xiaomi kini membawakan Mijia Air Conditioner GentleAir dengan penarafan 4-bintang inverter. Ia direka khas untuk menghasilkan aliran udara yang lebih lembut bagi mengurangkan hembusan udara sejuk secara terus kepada pengguna. Ia menggunakan sirip khas yang membantu menyebarkan udara dengan lebih sekata.

Untuk keselesaan maksimum, siri GentleAir dilengkapi dengan tiga mod aliran udara khusus:

  • Halo Flow – menghasilkan peredaran udara sekeliling untuk mengurangkan hembusan terus.
  • Canopy Flow – menyalurkan udara dari bahagian atas untuk liputan penyejukan yang lebih luas.
  • Carpet Flow – membolehkan udara panas naik secara semula jadi dari lantai ketika mod pemanasan digunakan.

Xiaomi turut melengkapkan penghawa dingin ini dengan fungsi penyejukan pantas dalam 30 saat dan pemanasan pantas dalam 60 saat. Mod Turbo pula membolehkan pengguna mengaktifkan prestasi maksimum untuk penyejukan atau pemanasan dengan hanya satu sentuhan.

Selain itu, fungsi ayunan udara empat arah membantu mengagihkan udara dengan lebih sekata ke seluruh ruang. Menurut Xiaomi, mod AI Energy Saving mampu melaraskan frekuensi operasi secara automatik berdasarkan keadaan semasa dan meningkatkan kecekapan tenaga sehingga 24.5%, bergantung pada model.

Pengguna juga boleh mengawal kuasa, kelajuan kipas dan mod operasi menerusi aplikasi Xiaomi Home. Sokongan kawalan suara melalui Google Assistant dan Amazon Alexa turut disediakan.

Peti Sejuk Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L

Jika peti sejuk model 4-pintu cross door 510L sebelum ini masih belum cukup besar untuk keluarga anda, Xiaomi Malaysia kini menawarkan saiz gergasi melalui Mijia Refrigerator Side-by-Side 715L.

Peti sejuk dua pintu ini menawarkan kapasiti bersih mencecah 635L, yang dibahagikan kepada 394L untuk bahagian chiller dan 241L untuk bahagian sejuk beku. Di dalamnya, terdapat 4 lapisan rak utama dan 18 ruang penyimpanan untuk memudahkan anda menyusun barang dapur.

Ia dikuasakan oleh teknologi dwi-inverter dengan sistem penyejukan menyeluruh untuk mengekalkan suhu yang stabil. Xiaomi turut menyertakan teknologi Ag⁺ Fresh bagi mengurangkan bau serta menghalang pembiakan bakteria seperti E. coli. Sistem penyejukan jenis frost-free juga memastikan tiada lagi masalah ketulan ais tebal yang memerlukan anda menutup suis peti sejuk secara manual untuk membersihkannya.

\Mesin Basuh Mijia Front Load Washer & Washer Dryer 9kg

Xiaomi turut mengembangkan barisan mesin basuh jenis muatan hadapan menerusi Mijia Front Load Washer 9kg dan Mijia Front Load Washer Dryer 9kg. Kedua-dua model ini menggunakan saiz dram 525mm dan menyokong lebih daripada 30 program basuhan, termasuk mod basuhan pantas 15 minit.

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah mod Hygiene, yang menggunakan gabungan wap bersuhu tinggi dan air panas untuk cucian lebih mendalam. Xiaomi mendakwa mod ini mampu membunuh 99.99% bakteria dan menghapuskan kutu sehingga 100% berdasarkan ujian makmal.

Bagi varian kombo dengan pengering, ia dilengkapi penderia pintar berserta aliran udara 3D yang akan menghentikan proses pengeringan secara automatik sebaik sahaja pakaian kering dengan sempurna bagi mengelakkan fabrik daripada rosak dan membantu mengekalkan kualiti fabrik.

Menerusi aplikasi Xiaomi Home, pengguna boleh memantau dan mengawal proses cucian dari jauh, menetapkan program tersuai menerusi fungsi My Time, serta menyimpan tetapan kegemaran. Kedua-dua model turut menyokong kemas kini OTA.

Robot Vakum Xiaomi Robot Vacuum H50 & H50 Pro

Melengkapkan barisan produk pintar ini ialah siri robot vakum Xiaomi Robot Vacuum H50 dan model yang lebih premium, H50 Pro.

Model standard H50 hadir dengan kuasa sedutan tinggi 10,000Pa bersama sistem dwi anti-rambut kusut bagi mengelakkan rambut tersangkut pada berus utama vakum. Ia menggunakan dua pad mop berputar kelajuan 180rpm dan mampu menaikkan pad mop sehingga 10mm secara automatik apabila mengesan permaidani. Navigasinya menggunakan sistem laser LDS untuk pemetaan rumah 360 darjah. Ia turut didatangkan dengan stesen pengecas semua-dalam-satu yang boleh menyedut habuk secara automatik serta membasuh pad mop sendiri.

Bagi model H50 Pro pula, ia menawarkan spesifikasi yang jauh lebih premium. Model Pro ini mempunyai sepasang lengan robotik yang boleh memanjang keluar secara automatik untuk membersihkan bahagian bucu dinding dan sudut yang sukar dicapai.

Kuasa sedutannya juga lebih tinggi sehingga 15,000Pa dengan sistem pengesanan halangan tahap milimeter yang lebih bijak untuk mengelak daripada melanggar wayar atau perabot. Stesen dok semua-dalam-satu bagi model Pro turut menawarkan pengalaman yang lebih automatik dengan fungsi pengosongan habuk, pencucian mop sendiri serta pengeringan mop menggunakan udara panas.

Kedua-dua robot vakum ini boleh dipantau sepenuhnya melalui aplikasi Xiaomi Home serta menyokong arahan suara Google Assistant dan Alexa.

Tags: Mijia Air Conditioner GentleAirMijia Front Load WasherMijia Refrigerator Side-by-Side 715Lxiaomixiaomi malaysiaXiaomi Robot VacuumXiaomi Robot Vacuum H50Xiaomi Smart Home
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi kembangkan ekosistem rumah pintar, lancar mesin basuh & penyaman udara baharu bermula RM999

Xiaomi kembangkan ekosistem rumah pintar, lancar mesin basuh & penyaman udara baharu bermula RM999

24 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN