• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Predator Helios 18 AI rasmi di Malaysia, harga bermula RM17,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:14 pm
  • 01/07/2026
  • Komen
Acer Predator Helios 18 AI rasmi di Malaysia, harga bermula RM17,999
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Computex 2026 di Taiwan yang lalu, Acer ada mempamerkan barisan laptop terbaharu mereka dan salah satu daripadanya adalah Predator Helios 18 AI baharu. Selepas sebulan berlalu, Acer akhirnya secara rasmi melancarkan laptop gaming flaghsip tersebut untuk pasaran Malaysia.

Ia merupakan sebuah laptop gaming berkuasa tinggi yang kini diperkasa dengan pemproses generasi terbaharu Intel Arrow Lake-HX, kad grafik GeForce RTX 5090, serta skrin Mini LED berkadar segar semula sangat pantas.



Lebih menarik, Acer Malaysia turut menawarkan hadiah percuma berupa monitor mudah alih khas buat pembeli terawal Predator Helios 18 AI ini.

Harga dan ketersediaan Predator Helios 18 AI

Bagi anda yang berminat, Predator Helios 18 AI sudah pun mula dijual di pasaran Malaysia melalui pengedar sah Acer serta kedai dalam talian Acer eStore. Laptop ini ditawarkan dalam dua pilihan varian pada harga berikut:



  • Predator Helios 18 AI (RTX 5090 + 48GB RAM): RM19,999
  • Predator Helios 18 AI (RTX 5080 + 36GB RAM): RM17,999

Bersempena dengan pelancarannya, Acer turut menawarkan hadiah promosi menarik. Mereka yang membeli mana-mana varian laptop ini sebelum 12 Julai 2026 bakal membawa pulang sebuah monitor mudah alih Acer PM161Q secara percuma (bernilai RM349), selagi stok masih ada.

Spesifikasi Predator Helios 18 AI

Predator Helios 18 AI dilengkapi dengan panel Mini LED WQUXGA bersaiz 18″ dengan resolusi 3840×2400 dalam nisbah aspek 16:10. Skrin ini menawarkan kecerahan puncak sehingga 1,000 nits dalam mod HDR, selain menyokong liputan warna 100% DCI-P3 serta menerima pensijilan Calman Verified untuk ketepatan warna yang lebih baik.

Turut disertakan adalah ciri Dual-Mode Display, yang membolehkan pengguna bertukar antara mod 4K pada kadar segar semula 120Hz untuk visual lebih tajam, atau mod Full HD pada 240Hz untuk pengalaman permainan yang lebih lancar dan responsif. Sokongan NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC juga tersedia untuk memastikan paparan lebih stabil ketika bermain.

Atas papan utama, Predator Helios 18 AI ditawar dengan cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 290HX Plus, dipadankan bersama GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090. RAM boleh dikonfigurasi sehingga 256GB DDR5, dan storan pula sehingga 6TB melalui tiga slot PCIe Gen 5 NVMe SSD.

Bagi memastikan suhu kekal terkawal, Acer melengkapkan laptop ini dengan sistem penyejukan dwi-kipas Predator AeroBlade 3D generasi keenam, yang didakwa mampu meningkatkan aliran udara sehingga 20% berbanding kipas plastik biasa. Sistem ini turut dibantu oleh saluran udara khas dan sebatian logam cecair untuk meningkatkan kecekapan penyejukan ketika sesi permainan yang panjang.

Untuk audio, Predator Helios 18 AI menggunakan sistem enam pembesar suara dengan sokongan DTS Ultra.

Dari segi sambungan, Predator Helios 18 AI hadir dengan teknologi Intel Killer DoubleShot Pro gabungan WiFi 7 (BE1750x) dan Ethernet E5000B untuk memastikan rangkaian kekal stabil semasa bermain dalam talian, selain menggunakan Bluetooth 5.4. Port fizikal yang tersedia termasuk dua port Thunderbolt 5 USB-C, port USB 3.2 Gen 1 dan Gen 2 Type-A, HDMI 2.1, pembaca kad SD, port RJ45, serta bicu audio 3.5mm.

Predator Helios 18 AI turut dilengkapi papan kekunci mekanikal Predator MagKey 4.0 dengan pencahayaan RGB dinamik. Ia juga hadir dengan kamera FHD IR yang menyokong Acer PurifiedView, bateri berkapasiti 99Wh, serta berat keseluruhan sekitar 3.5kg.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Helios Predator 18 AI.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer predatorPredator Helios 18 AI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Predator Helios 18 AI rasmi di Malaysia, harga bermula RM17,999

Acer Predator Helios 18 AI rasmi di Malaysia, harga bermula RM17,999

1 July 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN