• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga Kelainan Yang Dibawakan Mi 9 Berbanding Mi 8

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:00 pm
  • 17/02/2019
  • Komen
Tiga Kelainan Yang Dibawakan Mi 9 Berbanding Mi 8
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir flagship Xiaomi, siri Mi diumumkan di Eropah adalah Mi 5 dalam tahun 2016. Tiga tahun kemudian, pengeluar itu sekali lagi kembali ke Barcelona dengan Mi 9. Ramai yang beranggapan Mi 8, flagship terakhir diumumkan mereka adalah sebuah produk yang baik.

Apakah penambahbaikkan yang akan dimiliki Mi 9 berbanding Mi 8?



1. CPU Lebih Moden

Xiaomi Mi 9 akan hadir diperkasa cip Snapdragon 855. Ia adalah cip 7nm pertama daripada Qualcomm yang mengandungi 8 teras heterogenus.

Heterogenus bermakna konfigurasi big.LITTLE tak lagi digunakan sebaliknya teras “big.medium.little” untuk pastikan CPU menjalankan tugas seoptimum mungkin.



2. Trikamera belakang yang versatil

Dwikamera belakang Mi 8 kini digantikan dengan trikamera. Lebih menarik, kesemuanya boleh digunakan untuk menangkap gambar dan bukannya salah satunya hanya hiasan semata.

Kamera utama diberikan sensor IMX586 48MP dengan bukaan apertur F1.75 manakala kamera kedua untuk mengezum 2x dengan sensor 12MP.

Pertama dalam produk Xiaomi, Mi 9 akan ada kamera bersudut pandang lebar. Pada sudut 117 anda bakal beroleh gambar seperti kamera aksi.

3. Tiada pengimbas cap jari di belakang & pengecasan pantas 27W

Mengikuti trend semasa, Xiaomi kini menanam pengimbas cap jari disebalik paparan telefon. Ia menjadikan bahagian belakang telefon lebih kemas dan minimalistik.

Walaupun dijangka menggunakan kemasan kaca untuk bahagian belakangnya seperti Mi8 dulu, tidak kedengaran pula pengecasan wayarles Qi akan hadir padanya.

Namun begitu, pada bahagian bateri berlaku peningkatan dariapda 3,400mAh ke 3,500mAh dan ia bakal mendukung fungsi pengecasan pantas 27W untuk mengisinya.

Harga Mi 9

Xiaomi Mi 9 akan dilancarkan pada 24 Februari 2019, sehari sebelum temasya MWC 2019. Daripada khabar angin yang bertiup kencang, Xiaomi Mi 9 akan dijual pada harga bermula RMB 2,999 dengan konfigurasi RAM 6GB serta storan 128GB.

Tags: Mi 9xiaomixiaomi mi 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tiga Kelainan Yang Dibawakan Mi 9 Berbanding Mi 8

Tiga Kelainan Yang Dibawakan Mi 9 Berbanding Mi 8

17 February 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN