• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Pura 90s mula dijual, sertai kempen fotografi & menang telefon baharu itu percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:15 am
  • 24/07/2026
  • Komen
Huawei Pura 90s Pro & Pro Max rasmi di Malaysia – Kamera telefoto 200MP, sokong 5G, dari RM3,699
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan di peringkat global dan tersedia untuk dipratempah di Malaysia, kini siri Huawei Pura 90s secara rasmi tiba dan boleh didapatkan pengguna Malaysia. Siri ini terdiri daripada Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max, yang membawakan peningkatan dari segi sistem kamera, ciri AI serta hayat bateri.

Bersempena ketibaan siri Pura 90s di Malaysia, Huawei turut mengumumkan empen Pura Trip Photography yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi telefon pintar terbaharu ini secara percuma



Harga rasmi siri Huawei Pura 90s di Malaysia

Bagi anda yang berminat, siri HUAWEI Pura 90s boleh mula dibeli secara rasmi bermula 24 Julai 2026. Berikut ialah senarai harga rasmi selepas rebat:

  • HUAWEI Pura 90s Pro: bermula RM3,699 (selepas rebat)
  • HUAWEI Pura 90s Pro Max: bermula RM4,499 (selepas rebat)

Kedua-dua model ini boleh didapati menerusi Huawei Experience Stores, laman web rasmi Huawei, serta kedai dalam talian rasmi mereka di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop menerusi pautan di bawah:



Huawei pura 90s Pro – Laman web Huawei, Lazada, Shopee dan TikTok

Huawei pura 90s Pro Max – Laman web Huawei, Lazada, Shopee dan TikTok

Promosi & hadiah percuma bernilai hingga RM3,076

Bersempena dengan ketibaannya di pasaran tempatan, Huawei turut menawarkan pakej ganjaran dan promosi sampingan yang cukup menarik untuk pembeli awal.

Ini termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076, merangkumi baucar eksklusif terhad sehingga RM400, hadiah misteri bernilai RM999, serta Pakej Perkhidmatan Premium Siri Pura 90s bernilai RM1,677 (merangkumi perlindungan kerosakan tidak sengaja, penukaran bateri percuma tanpa had selama setahun, dan pertukaran pelindung skrin percuma 4 kali selama 2 tahun).

Selain itu, Huawei turut bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan diskaun 10% bagi penerbangan terpilih kepada pembeli siri Pura 90s. Pembeli juga boleh menikmati diskaun 10% melalui SPayLater, terhad sehingga RM200 dengan pembelian minimum RM2,000.

Kempen fotografi “Pura Trip”: Peluang menang telefon siri Pura 90

Bukan itu sahaja, Huawei dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) serta Tourism Malaysia turut melancarkan kempen fotografi Pura Trip Photography Campaign.

Berlangsung dari sekarang hingga 16 Ogos 2026, kempen ini mengajak rakyat Malaysia berkongsi keindahan tempat-tempat menarik di dalam negara bertemakan “Discover Truly Malaysia”, menggunakan telefon siri Pura 90.

Cara untuk menyertai & berpeluang memenangi telefon pintar siri HUAWEI Pura 90:

  • Gunakan tanda pagar rasmi: #PuraTripMY, #HUAWEIXMAGEMY2026, dan #HUAWEIXMAGE.
  • Tangkap gambar keindahan destinasi di Malaysia menggunakan peranti siri Pura 90.
  • Muat naik gambar tersebut di Instagram.
  • Ikuti dan tag akaun rasmi @huaweimobilemy.

Huawei FreeClip 2 S kini dijual pada harga RM899

Turut tiba di Malaysia ialah Huawei FreeClip 2 S, iaitu generasi terbaharu fon telinga jenis terbuka (open-ear).

Ia tampil dengan rekaan Luminous dalam dua pilihan warna iaitu Deepsea Blue dan Space Silver. Rekaan gelung Airy C-Bridge yang telah ditambah baik memastikan ia selesa dipakai sepanjang hari tanpa menyakitkan telinga, sambil membolehkan anda kekal peka dengan keadaan sekeliling.

Huawei FreeClip 2 S dijual pada harga rasmi RM899 dan kini boleh didapati di semua saluran jualan rasmi Huawei di seluruh negara.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Pura 90s ProHuawei Pura 90s Pro Max
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei Pura 90s Pro & Pro Max rasmi di Malaysia – Kamera telefoto 200MP, sokong 5G, dari RM3,699

Siri Huawei Pura 90s mula dijual, sertai kempen fotografi & menang telefon baharu itu percuma

24 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN