• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

  • OLEH Mas Idayu
  • 1:29 pm
  • 15/08/2026
  • Komen
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Vibe Mobile rasmi di Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan U Mobile, menawarkan pengalaman mudah alih berteraskan gaya hidup generasi digital masa kini.

Bukan sekadar telekomunkasi biasa, Vibe Mobile berpegang pada prinsip dengan menawarkan pelan mudah alih yang melangkaui ketersambungan dan menggabungkan aspek mata ganjaran untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada pelanggan.



Dikuasai rangkaian ULTRA5G

Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, Vibe Mobile yakin menerusi rangkaian ULTRA5G U Mobile ia dapat memberikan ketersambungan internet yang pantas di seluruh Malaysia.

Vibe Mobile bukan sahaja menawarkan pakej pelan data berkelajuan 5G, tetapi pelanggan juga tidak terikat dengan kontrak dan baki data internet yang tidak habis akan di bawa ke bulan seterusnya.



Pakej bulanan bermula RM17

Dengan tawaran empat pakej pelan data yang menarik bermula dari RM17 sebulan sehingga RM47 sebulan, membolehkan pelanggan memilih pakej yang diingini di hujung jari.

Pakej-pakej ini turut meliputi perkhidmatan panggilan tanpa had untuk semua jenis rangkaian telekomunikasi, pilihan booster internet dan data rollover atau erti kata lain baki data internet yang tidak habis digunakan boleh di bawa ke bulan berikutnya.

Berikut pecahan pakej yang ditawarkan Vibe Mobile:

  • Vibe 17 – 20GB (10GB Mobile + 10GB Hotspot) RM17 sebulan
  • Vibe 27 – 50GB (25GB Mobile + 25GB hotspot) RM27 sebulan
  • Vibe 37 – 200GB (100GB Mobile + 100GB hotspot) RM37 sebulan
  • Vibe 47 – 300GB (dikongsi bersama Mobile + Hotspot) RM47 sebulan

Pelan harian, mingguan dan tahunan

Selain tawaran pakej bulanan, Vibe Mobile turut menawarkan pelan data internet harian dengan cas serendah RM3 dan kelajuan internet tanpa had untuk data sebanyak 3GB.

Manakala untuk pelan data mingguan pula dikenakan cas sebanyak RM10 sahaja dengan internet data 15GB, panggilan tanpa had untuk semua rangkaian dan nikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.

Bagi pelanggan yang ingin memilih pelan data tahunan pula, cas yang dikenakan adalah sebanyak RM150 dengan 10GB data internet setiap bulan dan menikmati 60 minit setiap bulan untuk panggilan telefon.

Bagi yang ingin mencuba kestabilan serta kelajuan data internet, Vibe Mobile turut menawarkan pelan pek permulaan (starter pack) sebanyak RM5. Jangka masa sah penggunaan pakej ini adalah selama lima hari dengan 1GB data internet serta pelanggan turut mendapat 100 mata ganjaran selepas pembelian pek permulaan ini.

Inovasi pelan untuk generasi digital

Vibe Mobile juga menampilkan Vibe Mobile Points di mana ia merupakan program mata ganjaran melalui langganan pelan data internet dan interaksi pelanggan menggunakan platform.

Menurut pihak Vibe Mobile, mereka sedang usahakan penggunaan mata ganjaran untuk pelancongan dan pelbagai pengalaman eksklusif lain yang belum dinyatakan secara terperinci.

Dalam masa yang sama, Vibe Mobile juga sedang bangunkan pelan inovasi untuk pelanggan seperti peruntukan data yang lebih besar, ciri pemindahan baki data yang tidak habis digunakan kepada mata ganjaran tambahan untuk mengelakkan pembaziran. Sekaligus dapat memberi manfaat yang lebih baik kepada pelanggan.

Sim elektronik alternatif pilihan

Bagi yang ingin menggunakan Vibe Mobile sambil mengekalkan nombor dari telekomunikasi sedia ada, dan tidak mahu pening kepala menggunakan banyak kad sim fizikal. Anda juga boleh membeli sim elektronik dan caranya cukup mudah, anda hanya perlu muat turun aplikasi Vibe Mobile di Play Store dan Apple App Store.

Kemudian dari paparan muka depan anda boleh pilih “Buy eSim” dan pilih pek pakej yang anda inginkan. Seterusnya anda boleh pilih nombor telefon untuk sim elektroknik dan buat pembayaran secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Vibe Mobile dan semak dealer Vibe Mobile berhampiran jika ingin menukar pelan telekomunikasi.

Vibe Mobile yakin dengan asas rangkaian ULTRA5G yang dikuasai U Mobile ini, pelanggan dapat menikmati data internet yang stabil merentasi lokasi komersial, kediaman rumah dan destinasi pilihan.

Tags: u mobileUltra5GVibe Mobile
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN