• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo akan lancar iQoo sebagai telefon pintar gaming bajet atau premium?

  • OLEH Najib
  • 6:27 pm
  • 28/02/2019
  • Komen
Vivo akan lancar iQoo sebagai telefon pintar gaming bajet atau premium?
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa minggu lepas, nama iQoo muncul di alam maya selepas mereka membuka akaun di media sosial weibo. Carian ringkas mendapati, iQoo ialah sebuah jenama baru di bawah Vivo. Kini iQoo mengumumkan akan mengadakan satu majlis pelancaran telefon pintar mereka, pada 1 Mac.

Di laman weibo iQoo, beberapa maklumat telah mereka kongsikan yang memberi petunjuk kepada telefon yang akan dilancarkan. Boleh dikatakan, iQoo akan mengeluarkan telefon pintar gaming berkuasa tinggi. Tetapi adakah ia peranti gaming bajet seperti Pocophone, atau premium seperti ASUS ROG Phone?



Dari poster pelancaran, telefon pintar iQoo ini dikatakan memiliki kuasa rasaksa di dalamnya. Ia dapat dilihat dari tagline yang digunakan, “Born Powerful and Monster Inside”.

Dalam satu gambar lain, mereka menyenaraikan beberapa nombor dan ia dapat diterjemahkan seperti cip Snapdragon 855, RAM 12GB, storan dalaman 256GB, bateri 4,000mAh, pengecas USB-C dan nombor 44.



No 44 ini dipercayai merujuk kepada pengecasan pantas Vivo Super Flashcharge 44W. Ia dilihat mampu mengecas 50% penuh dalam masa 15 minit sahaja.

Selain itu, gambar di poster ini menunjukkan dua warna iaitu biru dan merah, serta rupa belakang telefon yang memiliki tiga kamera.

Maklumat tentang telefon ini turut ditemui di TENAA di mana ia disenaraikan dengan RAM 6GB dan 8GB, serta storan dalaman 128GB. Manakala kamera di belakangnya ialah lensa 13MP + 12MP + 2MP. Kamera hadapan pula 12MP. Telefon iQoo ini akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin.

Dari ciri-ciri yang disebut ini, iQoo dilihat akan bersaing di ruang gaming premium, sebaris dengan ASUS ROG Phone, Razer Phone dan Xiaomi Blackshark. Apakah ada keunikan yang bakal ditunjukkan iQoo? Kita tunggu ia dilancarkan pada 1 Mac nanti.

[Sumber: Gizmochina, Weibo]

Tags: iQoovivo
Najib

Najib

POPULAR

Vivo akan lancar iQoo sebagai telefon pintar gaming bajet atau premium?

Vivo akan lancar iQoo sebagai telefon pintar gaming bajet atau premium?

28 February 2019
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN