• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Android tingkatkan ciri keselamatan, lindung pengguna dari penipuan digital

  • OLEH Mas Idayu
  • 2:50 pm
  • 17/10/2026
  • Komen
Android tingkatkan ciri keselamatan, lindung pengguna dari penipuan digital
Share on FacebookShare on Twitter

Taktik penipuan digital (scam) kini semakin licik dan tidak lagi terhad kepada panggilan rawak atau mesej pancingan data (phishing) yang mudah dikesan.

Penjenayah siber kini memanfaatkan teknologi klon suara dari kecerdasan buatan (AI), pemalsuan identiti pemanggil (caller ID spoofing), dan amaran bank palsu untuk memperdaya mangsa.



Menyedari ancaman yang kian membimbangkan ini, Google memperkenalkan rangkaian ciri keselamatan baharu berasaskan AI bagi memperkukuh benteng pertahanan pada ekosistem Android.

Ciri-ciri ini dirangka untuk memintas ancaman secara proaktif merentasi aplikasi pemesejan, panggilan telefon dan perkongsian skrin sebelum ia sempat menjerat pengguna.



1. Kawalan pemesejan lebih pintar menerusi model Gemini

Penjenayah kini kerap menggunakan pendekatan perbualan berperingkat (slow-burn conversations) untuk membina kepercayaan mangsa secara perlahan-lahan. Bagi mengekang taktik ini, Google Messages menerima beberapa naik taraf utama:

  • Mod perlindungan dipertingkat (enhanced protection mode): Ciri pilihan (opt In) ini mengintegrasikan model AI Gemini yang diproses melalui infrastruktur Private AI Compute. Ia berupaya menganalisis konteks perbualan daripada nombor yang tidak dikenali bagi mengenal pasti niat penipuan yang kompleks, sambil memastikan data peribadi pengguna kekal sulit atau tersembunyi (encrypted) dan tidak boleh diakses oleh sesiapa termasuk Google.
  • Pemeriksaan pautan pantas dengan Gemini Nano: Banyak laman pancingan data baharu dicipta setiap hari dan belum sempat di senarai hitamkan. Dengan sokongan Gemini Nano yang diproses terus pada peranti (on device), sistem ini dapat menilai keselamatan pautan berasaskan isyarat web masa nyata (real time) serta memberi amaran jelas sebelum pengguna sempat menekan pautan daripada nombor yang tidak disimpan atau tidak dikenali.
  • Notifikasi amaran merentasi pelbagai jenama: Amaran awal terhadap mesej mencurigakan yang dipaparkan terus pada ruangan notifikasi kini tidak lagi terhad kepada siri Google Pixel sahaja, sebaliknya mula diperluas kepada ratusan juta peranti daripada pengeluar lain.

2. Menyekat manipulasi psikologi dan kebocoran maklumat peribadi

Selain manipulasi mesej, taktik memanipulasi psikologi (social engineering) yang menyasarkan panggilan serta paparan skrin peranti turut menjadi fokus pembaharuan keselamatan kali ini:

  • Perlindungan privasi perkongsian skrin automatik: Sesi perkongsian skrin (screen sharing) sering disalah guna oleh penjenayah untuk mengintai maklumat sulit. Melalui kemaskini baharu, Android akan menggelapkan (blank out) ruangan log masuk, kata laluan dan perincian kad pembayaran secara automatik apabila pengguna membuka Google Chrome atau Android WebView semasa sesi perkongsian skrin sedang berlangsung.
  • Kekangan pengalihan panggilan (call-forwarding): Penjenayah siber kerap mengalihkan panggilan mangsa secara rahsia untuk memintas kod pengesahan sekali sahaja (OTP). Android kini menyekat sebarang aplikasi daripada mengaktifkan fungsi pengalihan panggilan di latar belakang tanpa kebenaran, di samping memberi amaran segera jika pengguna terpedaya mendail kod pengalihan (kod MMI) secara manual.

3. Menamatkan penyamaran pihak bank secara masa nyata

Antara ancaman yang paling mendatangkan kerugian besar ialah panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai institusi kewangan melalui pemalsuan nombor rasmi bank (caller ID spoofing).

Bagi membanteras taktik ini, Google bekerjasama secara terus dengan institusi perbankan global untuk memperkenalkan ciri Panggilan Kewangan Disahkan (Verified Financial Calls).

Menurut laporan Google, melalui integrasi bersama aplikasi rasmi bank, sistem Android menyemak kesahihan panggilan masuk secara masa nyata. Sekiranya pemanggil yang mendakwa daripada pihak bank gagal melepasi pengesahan sistem, Android akan menamatkan panggilan tersebut secara automatik serta-merta dan memberi amaran kepada pengguna.

Pengguna tidak lagi perlu berwaspada sendirian. Dengan sistem pertahanan terbina yang semakin pintar, Android kini memintas perangkap penipuan sebelum ia sempat menjerat mangsa.

Sekadar info, ciri ini turut diperluas menerusi kerjasama dengan pengeluar seperti Honor, Infinix, iQOO, itel, JOVI, Motorola, OnePlus, Oppo, Realme, Tecno, Vivo, dan Xiaomi. Ketersediaan fungsi sebenar mungkin berbeza mengikut model dan pengeluar peranti.

Sumber : Google, X Android

Tags: aiandroidGooglepenipuan digitalpenjenayah siber
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Android tingkatkan ciri keselamatan, lindung pengguna dari penipuan digital

Android tingkatkan ciri keselamatan, lindung pengguna dari penipuan digital

17 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN