• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:33 pm
  • 21/10/2026
  • Komen
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go secara rasmi telah melancarkan koleksi kad edisi khas Pokémon edisi ulang tahun ke-30. Ia adalah sempena sambutan ulang tahun ke-30 kedua-dua jenama tersebut. Paling menarik, ini merupakan kali pertama Touch ‘n Go menawarkan kad fizikal mereka dalam bentuk blind pack atau paket misteri.

Melalui konsep paket misteri ini, anda tidak akan tahu reka bentuk kad yang dibeli sehinggalah paket pembungkusannya dibuka.



Harga kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30

Bagi yang berminat, satu paket misteri Blind Pack dijual pada harga RM29 yang mengandungi satu kad rawak.

Manakala bagi peminat tegar yang mahu mendapatkan siri lengkap dalam pembelian, Touch ‘n Go turut menawarkan set kotak penuh pada harga RM232 yang mengandungi lapan paket misteri secara keseluruhan.



Daripada lapan paket misteri itu, tujuh daripadanya menampilkan watak-watak popular Pokémon termasuk Squirtle, Bulbasaur, Charmander, Pikachu, Blastoise, Venusaur, Charizard dan Pikachu istimewa. Manakala kad kelapan merupakan kad misteri khas yang rekaannya dirahsiakan.

Di mana boleh beli?

Koleksi siri Pokémon edisi ulang tahun ke-30 ini sudahpun mula dijual menerusi saluran dalam talian dan kedai fizikal terpilih di seluruh negara.

Bagi pembelian secara dalam talian, anda boleh mendapatkannya menerusi stor dalam talian Touch ‘n Go, platform eShop di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet, serta kedai rasmi Touch ‘n Go di Shopee dan Lazada.

Jika anda lebih gemar membeli terus di kedai fizikal, kad ini boleh didapati di cawangan 7-Eleven terpilih, pasar raya Jaya Grocer di seluruh Semenanjung Malaysia, serta kedai serbaneka Happy Mart dan Ohmee Mart di Pulau Pinang dan Kedah.

Dilengkapi fungsi NFC

Dari segi fungsi, kad edisi Pokemon ini mempunyai fungsi yang sama seperti kad Touch ‘n Go Enhanced yang lain. Setiap kad dilengkapi dilengkapi teknologi NFC membolehkan pengguna menyemak baki dan menambah nilai melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Kad ini juga boleh digunakan untuk membayar tol, parkir serta perjalanan menggunakan pengangkutan awam seperti tren dan bas. Ini termasuk untuk pas perjalanan seperti pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara, dan Rapid Bulanan.

Tags: Kad Pokemon Edisi Ulang Tahun ke-30kad tngpokemonTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN