Oppo rasmi melancarkan barisan telefon pintar flagship, Find X10 dan Find X10 Pro Max untuk pasaran Malaysia.
Siri terbaharu ini membawa peningkatan signifikan dari aspek keupayaan fotografi menerusi sistem tiga kamera Hasselblad 200MP di bahagian belakang. Selain itu, ia turut dijana oleh cip pemproses Dimensity 9600 baharu serta menjalankan sistem operasi ColorOS 17.
Bagi merancakkan pelancarannya, OPPO Malaysia turut menawarkan pakej ganjaran bernilai sehingga RM4,771 buat pembeli terawal, yang mana ia turut merangkumi sebuah mesin pencetak 3D.
Harga dan ketersediaan siri Oppo Find X10 di Malaysia

Bagi anda yang berminat untuk beli, berikut adalah harga jualan siri Oppo Find X10 di Malaysia:
- Oppo Find X10 (RAM 12GB + storan 256GB) – RM4,599
- Oppo Find X10 (RAM 12GB + storan 512GB) –
RM5,599RM4,999 - Oppo Find X10 Pro Max (RAM 16GB + storan 512GB) – RM6,999
Tempahan awal yang dibuka sebelum ini masih berjalan sehingga 29 Oktober dengan Oppo menawarkan hadiah bernilai sehingga RM4,771 termasuk hadiah ekslusif mesin pencetak 3D Bambu Lab 1 Mini bernilai RM1,249 atau Oppo Pad SE bernilai RM949 (ekslusif dalam talian) untuk pembeli Find X10 Pro Max dan naik taraf storan ke 512GB bernilai RM600 untuk pembeli Oppo Find X10.


Selain itu, pembeli awal juga akan menikmati rebat tukar beli sehingga RM800 untuk peranti Oppo, Samsung dan Apple, ansuran 6 bulan tanpa faedah dengan diskaun tambahan RM150 menerusi SPayLater, serta ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan menerusi bank terpilih. Ekslusif untuk ahli MyOPPO App, mereka juga boleh nikmati pelbagai baucar termasuk baucar Hasselblad Kit Teleconverter siri Find X10 RM400, baucar pelindung skrin RM30, baucar IoT RM200 dan kelebihan Oppo Masterclass bernilai RM1,194.
Anda boleh dapatkan siri Oppo Find X10 menerusi stor online Oppo Malaysia, atau di Lazada dan Shopee.
Spesifikasi Oppo Find X10 Pro Max

Find X10 Pro Max merupakan model lebih tinggi dalam barisan. Di hadapan, ia dilengkapi panel 6.78″ jenis LTPO AMOLED dengan resolusi FHD+ 2772×1272 piksel, serta kadar segar semula adaptif 1-120Hz, yang boleh pergi sehingga 144Hz untuk game tertentu. Ia juga menyokong kecerahan puncak 2,000 nits, Dolby Vision serta PMW Dimming setinggi 3,840Hz.
Atas papan utama telefon ini menggunakan cip flagship terbaharu MediaTek Dimensity 9600 Pro. Bersama cip itu, ia disediakan dengan kombinasi RAM LPDDR5X 16GB dan storan dalaman 512GB jenis UFS 4.1.

Seperti biasa, tarikan utama tentunya pada bahagian kamera. Find X10 Pro Max ini menggunakan tiga kamera belakang 200MP yang dibangunkan dengan kerjsama Hasselblad. Kamera utama 200MP-nya menggunakan sensor 1/1.3″ dengan apertur f/1.5 dan sokongan OIS. Manakala dua lagi kamera adalah kamera ultralebar 200MP dengan apertur f2.2 dan kamera telefoto 200MP dengan apertur f/2.1.
Kamera telefoto ini turut menawarkan zum optikal 3x dan zum digital sehingga 120x. Turut disertakan adalah sensor True Colour Camera dengan sistem LUMO True Image Engine bagi penghasilkan warna yang lebih tepat. Sementara untuk selfie, terdapat kamera 50MP f/2.0 dengan autofokus.
Kesemua kamera belakang Oppo Find X10 Pro Max menyokong rakaman video sehingga 4K 120fps dan 8K 30fps. Selain itu, siri Find X10 ini turut memperkenalkan ciri Open Gate Capture, membolehkan pengguna mengubah nisbah rakaman video selepas video dirakam serta menyokong rakaman 8K Log Cinematic Video.

Bagi bahagian bateri, kapasiti sebesar 8,000mAh dimuatkan di dalam telefon, yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan tanpa wayar 50W. Sokongan sambungan yang pada telefon termasuk Bluetooth 6.2, WiFi 7, dan NFC. Ia juga diiktiraf kalis air IP66, IP68 dan IP69.
Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi ColorOS 17 berasaskan Android 16 dengan antara muka Living Flow Design hadir dengan ciri AI Mind Pilot serta Agent Mode. Find X10 Pro Max ditawarkan dalam warna Titanium Grey dan Luna White.
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Find X10 Pro Max.
Spesifikasi Oppo Find X10

Find X10 merupakan model asas dalam siri ini masih dengan rekaan lebih kompak. Di hadapan telefon ini menggunakan skrin LTPO AMOLED berukuran 6.59″ dengan resolusi 2772 x 1272 dan kecerahan puncak 2,000 nits. Skrin ini turut menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz, Dolby Vision, HDR 10+ dan PWM Dimming 3840Hz.
Berbeza dengan Dimensity 9600 Pro pada model Pro Max, model Find X10 dikuasakan Dimensity 9600M. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X seluas 12GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB.

Find X10 masih dilengkapi dengan sistem kamera belakang ditala Hasselblad, tetapi hanya dua daripadanya yang menggunakan sensor 200MP, iaitu pada kamera utama dengan OIS dan apertur f/1.6, serta kamera telefoto f/2.6 yang turut menyokong OIS dan zum optikal 2.8x. Manakala kamera ultralebar menggunakan sensor 50MP berapertur f/2.0. Ia juga mempunyai True Colour Camera di belakang, dan kamera depatn 50MP dengan autofokus.
Kapasiti bateri Find X10 turut sama pada 8,000mAh dan Oppo mendakwa ia boleh memberikan sehingga dua hari penggunaan biasa dengan satu pengecasan. Pengecasannya sama seperti model Pro, iaitu pada parasn 80W melalui USB-C dan tanpa wayar 50W.

Untuk sambungan, Find X10 dilengkapi dengan WiFi 7, Bluetooth 6.2, serta NFC. Model kompak ini boleh didapatkan dalam tiga warna iaitu Glacier Blue, Glow Coral dan Mist Grey.
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Find X10.






