• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 7 bukan lagi budak kecil, kini jauh lebih perkasa

  • OLEH Najib
  • 7:13 pm
  • 19/03/2019
  • Komen
Redmi 7 bukan lagi budak kecil, kini jauh lebih perkasa
Share on FacebookShare on Twitter

Baru pagi tadi dilancarkan di China, petang ini Redmi 7 telah dirasmikan di Malaysia. Ia tiba bersama dalam majlis pelancaran Redmi Note 7, menawarkan telefon pintar berharga lebih murah dengan spesifikasi lebih rendah.

Sebelum ini Redmi sering dipandang peranti kelas permulaan, kini ia dinaik taraf ke kelas pertengahan dengan menggunakan cip Snapdragon 632. RAM pula di antara 2GB dan 3GB dengan storan dalaman sehingga 32GB.



Jika dipegang di dalam tangan, Redmi Note 7 dan Redmi 7 terasa sama besar. Ini kerana Redmi 7 menggunakan skrin yang hampir sama, berukuran 6.26-inci dengan takuk kecil titisan air tetapi resolusi lebih rendah, pada tahap HD+ sahaja.

Dengan saiz yang sama, Redmi 7 turut memiliki bateri yang sama besar. Kapasiti bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh tetapi masih mengekalkan port mikroUSB.



Tiga kad boleh digunakan serentak kerana Redmi 7 memiliki tiga slot kad untuk memuatkan dua kad sim nano dan satu kad mikroSD. Redmi 7 juga masih memiliki jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah (IR).

Dua kamera dipasang di belakang Redmi 7, gandingan lensa 12MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 8MP.

Redmi 7 akan mula dijual di Malaysia pada 27 Mac 2019, dengan tiga pilihan warna iaitu Biru, Hitam dan Merah. Ia boleh dibeli di Mi Store, Lazada dan Shopee dengan harga:

  • RAM 2GB + Storan 16GB – RM499
  • RAM 3GB + Storan 32GB – RM599

Untuk perbandingan, Redmi Note 7 dengan RAM 3GB dan storan 32GB hanya RM80 lebih mahal dari Redmi 7 dengan RAM dan storan yang sama, iaitu RM679. Tetapi, Redmi Note 7 memiliki skrin, kamera dan pengecas lebih baik. Malah, ia turut memiliki jaminan 18-bulan, 6 bulan lebih panjang dari jaminan di Redmi 7. Adakah lebih berbaloi menambah RM80 untuk mendapatkan Redmi Note 7?

Tags: Redmi 7xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 7 bukan lagi budak kecil, kini jauh lebih perkasa

Redmi 7 bukan lagi budak kecil, kini jauh lebih perkasa

19 March 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN