• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Stadia Adalah Spotify Untuk Permainan Game

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:06 am
  • 20/03/2019
  • Komen
Google Stadia Adalah Spotify Untuk Permainan Game
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify adalah saluran ruji untuk kita mendengar lagu. Bagusnya Spotify adalah kita boleh dengar lagu di telefon, TV, dan sebagainya. Tapi cuba anda gantikan lagu dengan games AAA contohnya Assassin Creed: Odyssey. Itulah Google Stadia, satu perkhidmatan baru daripada Google yang secara rasminya memahat nama Google dalam industri permainan.

Konsep Google Stadia, main dimana-mana, bila-bila masa



Melalui Google Stadia, anda boleh memainkan permaianan AAA ataupun kita panggil “game berat” di mana-mana platform yang menyokong Stadia hatta komputer dengan spesifikasi “kentang” sekalipun, asalkan memiliki sambungan Internet.

Google juga memberi jaminan setiap permainan yang disokongnya boleh dimainkan pada konfigurasi setinggi mungkin.



Dengan adanya Google Stadia, frasa “PC Master Race” tentunya sudah sampai ke penghujungnya kerana semua pengguna menikmati kuasa pemroses yang sama rata tidak kira melalui medium mana mereka bermain. Hal ini kerana tugasan pengkomputeran berat dijalankan di sebuah pusat data milik Google dan peranti pengguna bertugas hanya untuk memaparkan gambar dan menerima input dari pemain.

Disebabkan semua pengguna secara teknikalnya ada PC yang sama, tiada lagi masalah lagging disebabkan adanya peserta dengan spesfikasi terhad. Maka, menurut Google, permainan Battle Royale yang disertai hanya 100 pemain hari ini boleh ditingkatkan kepada 1,000 pemain melalui Stadia.

Prestasi pusat data Google Stadia berbanding konsol generasi terkini

Keunikkan Stadia yang seterusnya adalah anda boleh sambung bermain permainanan merentasi medium tanpa perlu “save” kerana semuanya berlaku di awan. Maka tidak perlu risau lagi masalah data save anda musnah.

Bersama-sama servis Stadia, pad kawalan Stadia turut dilancarkan. Ia bukanlah pad kawalan Bluetooth sebaliknya bersambung secara terus dengan Wi-Fi. Ia secara automatik memilih paparan mana yang ingin anda kawal.

Pad kawalan Stadia

Google Stadia akan dilancarkan dalam tahun 2019 di beberapa market utama sahaja. Persoalannnya, berapakah agaknya yuran langganan servis ini bila dikomersialkan kelak? Tonton pembentangan penuh Google Stadia di bawah.

Tags: egamesgamingGooglegoogle stadia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Stadia Adalah Spotify Untuk Permainan Game

Google Stadia Adalah Spotify Untuk Permainan Game

20 March 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN